Qaedah - Qaedah Fiqh

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

KAEDAH-KAEDAH FIQH

Postby g3p_ajib on Mon Jul 14, 2003 12:44 pm

bolehkah tuan2 yang faqih memberikan kaedah2 fiqh???
g3p_ajib
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 676
Joined: Sun Apr 13, 2003 8:00 am
Location: KL

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 10:01 am

assalamualaikum

qaedah bermakna asas,istilahnya perkara pokok yg dipraktikan keatas perkara ranting,(al-amru alkullu al-muntabiq ala juziyaatihi).

secara ringkas..kaedah fiqh

1, al-umur bimaqasidiha..tiap2 perkara mengikut tujuanya.

ambilan dari hadis..sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat,dan bagi tiap seorang mengikut apa yg diniatkan..

dari qaedah ini timbul qaedah cabang..yg diiktibarkan dalam aqad ialah tujuan, dan maknanya tidak kepada lafaz dan perkataan.

2. al-yaqin la yuzalu bi al-syakk..yaqin tidak dihilangkan oleh syak.

qaedah cabang yg terbit dari ini;

aal-aslu baq ma kana ala ma kana..dihukumkan dgn kekal sesuatu pada zaman yg terkemudian mengikut sabitnya pada zaman yg terdahulu
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 10:13 am

sambungan..

qaedah ini juga sama dgn qaedah al-istishab al-hal(kembali ke asal).

contoh;org yang makan minum pada akhir malam kemudian syak tentang waktu imsaknya..maka puasa itu sah sebab asalnya malam masih kekal.


..cabang yg kedua..

al-aslu fi alumur al-aridhah al-adam..pada asalnya perkara2 yg baharu(mendatang)itu tiada.

contoh..orang yang mendakwa memakan makanan orang lain berkata bahawa saya telah diizinkan memakanya ,sedangkan tuan punya menafikanya maka hendaklah diterima penafian tuanpunya itu,kerana keizinan adalah perkara mendatang,sedangkan harta tersebut asalnya dipunyai olehnya.

cabang yg ketiiga

al-aslu baraatu alzimmah..yg asal ialah lepas dari tanggungjawab.

asalnya setiap seseorang adalh tidak terikat dgn sesuatu haq.

cabang yg kempat..

al-aslu fi kulli hadisin taqdiruhu bi aqrabi zaman ...yang asal bagi tiap kejadian dikira pada masa yg palimg hampir sekali...
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 10:28 am

..contoh; seseorang memukul perut perempuan yg mengandung,kemudian perempuan tersebut melahirkan anak,aanak tersebut sihat dan hidup dalam waktu yg lama,selepas itu anak itu mati,dalam keadaan ini tidak wajib bagi si pemukul membayar diat kerana pada zahirnya atas sebab yg lain,walaupun anak itu lahir kerana pukulan tadi tetapi kelahiranya nya sihat selum mati kemudianya.dgn qaedah ini,kejadian terakhir(mati) hendaklah dirujuk dan dihubungkan dgn masa yg terhampit yakni sihat


cabang..
apa yang sabit secara yakin tidak terangkat melainkan dengan yakin juga.

cabang..

sesiapa yang syak sama ada telah melakukan atau tidak ,pada asalnya ia tidak melakukanya.

cabang...

alslu fi alasyak alibahah hatta yadullu ala tahrimihi...asal setiap sesuatu adalah harus sehingga ada dalil yg menunjukan keharamanya.


cabang..

alaslu fi alkalam alhaqiqah..asal pada percakapan ialah hakikat.

contoh..apabilaseseorang mewaqapkan atau wasiat sesuatu kepada anaknya maka tidaklah termasuk cucunya menurut pendapat yg asah kerana sebutan anak hakikat sejati(walad al-sulbi).




3.qaedah

almasyaqah tajlibul al-taisir..kesukaran mendatangkan kesenangan.

ambilan dari firman Allah surah almukminun 78 dan albaqarah 185.

dari qaedah ini lahir beberapa qaedah cabang...
Last edited by tytsezh on Wed Jul 16, 2003 2:38 pm, edited 1 time in total.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 10:37 am

sambungan


cabang (a)

...al-dharurah tabihu al mahzurah....keadadan darurat mengharuskan tegahan.

. eg .halal makan benda yg haram (ditegah) ketika darurat.

cabang(b)
aldharurah tuqadar bi qadariha.... darurat diukur mengikut qadarnya
atau dgn kata lain darurat dikira mengikut keadaanya.

eg...org yg dalam keadaan darurat tidak harus memakan bangkai kecuali setakat menahan dari kebuluran.



4 qaedah aldarurah yuzal ..... kemudaratan dihilangkan.



bersambung...
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 12:28 pm

sambungan..

dalil bagi qaedah ini bersandarkan hadis..la dhara wala dhiraru(lihat almuaata imam Malik,almustadrak... al-Hakim)


menghilangkan kemudaratan mungkin akan menimbulkan kemuadaratan yang lain maka ulamak membahaskan beberapa pecahan bagi kaedah ini.

cabang..

yutahhhamalu al-dhararu al-khas li daf-i darari amm..ditanggung kemudaratan khas untuk menolak kemudaratan am.

.contoh kerajaan berhak melarang orangramai memasuki sesuatu kawasan yg terjadi wabak berjangkit atau melarang keluar dari kawasan tersebut. semua ini untuk mengawal kemuslihatan umum.

cabang..

al-dararu al=asyaddu yuzaalu bi al-darari al-ahaffi.....kemudaratan yang lebih berat di hilangkan dengan kemudaratan yg lebih ringan.

contoh ..menghukum seseorang kepenjara supaya membayar nafkah kepada isteri dan anak.kemudaratan mempenjara adalah lebih ringan dari kemuadaratan enggan bayar nafkah.

cabang...
apabila ada dusa pertentangan antara dua kerosakan hendaklah dilakukan kerosakan yg lebih ringan untuk menghindarkan yg lebih berat.

yajuzu irtikab bi ahaffi al-draraini...

cabang..

kemudaratan tidak boleh dihilangkan dgn kemuratan


contoh si A dipaksa membunuh si B,maka A tidak boleh mengikut paksaan itu sekalipun dirinya terbunuh,kerana nilai nyawa si A tidak dianggap lebih bernilai dari nyawa si B

kaedah ini ada dua kekecualian

1 perlakuan kemudaratan sengaja harus dihilangkan dgn kemudaratan.

2 org yg terkena kemudaratan maka terpaksa menghilangkanya melainkan dgn kemudatratan juga
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Jul 16, 2003 2:47 pm

Qaedah ke lima;

al-hajat tunazzalu manzilata al darurah...hajat menepati darurat


darurat maknanya..jika tidak dihilangkan tentu melibatkan kemerbahayaan yang besar terhadap org yg dipaksa.atau dalam keadaan mendesak.

contoh;...takut mati kerana kelaparan sekiranya tidak mkn benda yg ditegah


hajat...jika tidak diilaksanakan atau disempurnakan akan mendatangkan kesukaran atau kesusahan.



Kaedah keenam .....

al adat muhakkamah ....... adat diakui(diperhukumkan).

sambung...
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby g3p_ajib on Thu Jul 17, 2003 7:58 am

terima kasih banyak2 tytsezh....teruskan tuan
g3p_ajib
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 676
Joined: Sun Apr 13, 2003 8:00 am
Location: KL

Postby tytsezh on Thu Jul 17, 2003 11:47 pm

..Adat mengikut istilah ialah;

perkara yang menjadi kebiasaan bagi org ramai atau segolongan mereka.

taarif lain yang diberikan;

perkara yang tetap dalam diri manusia daripada perkara yang diulang serta sesuai disisi tabiat yag sejahtera( ma yustaqaru fi an-nufus minal umuri al-mutakarrirah al maqkulah inda al-tiba al-salimah)


Qaedah ke 7

al-ijtihadu la yunqadhu bi al-ijtihadi

ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad.

Dari qaedah ini timbul beberapa masalah cabang yang berlaku dalam syarak.

Asal atau dalil bagi qaedah ini ialah ijmak sahabat 2.Ibnu al-Shibag telah menukilkan perkara ini iaitu saidina Abu Bakar telah memutskan berbagai masalah yang timbul di zamanya,walhal Saidina Omar tidak menyetujuinya,tetapi beliau tidak membatalkanya ketika beliau memerintah.


qaedah ini ada beberapa kekecualian seperti polisi pemerintahan berdasarkan maslahat umum.


kaedah ke 8

iza ijtamaa al-haal wa al-haram ghulliba al-haram.

apabila berhimpun halal dan haram maka dikira haram.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Fri Jul 18, 2003 12:03 am

..qaedah ini sama seperti qaedah ijtaamaa masolih wa al-mafasid(berhimpun antara maslahat dan kerosakan)

dasar ambilan dari firman Allah mengenai pertanyaan mengenai arak dan judi,maka jawapanya,keduanya dosa besar dan ada juga faedah,teteapi dosa keduanya lebih dahsyat/besar dari kemanfaatanya.

hukum cawangan yang timbul dari qaedah ini;

apabila ada pertentangan dua dalil yang satu mengatakan haram dan satu lagi halal/harus,maka diutamakan.di dahulukan pengharamanya.(ini pegangan (pendapat yg asah)dalam mazhab syafie.)

apabila berhi,mpun didalam ibadat segi hadir/muqim dan permusafiran mak diutamakan yang hadir/muqim.

contoh..

seorang musafir dan mengqasarkan sembahyang tiba kapalnya sampai hampir ketepat muqimnya dalam masa menegrjkan sembahyang,maka hendaklah dia menyempurnakan 4 rakaat sembahyangnya.



qaedah ke 9


iza taaradha al-maniu wa al-muktadhi quddima al-maniu

apabila bertentangan antara yang menegah dengan yang menyuruh maka diutamakan yang menegah

contoh..

org yang berhadas besar mati syahid maka pendapat yang asah tidak wajib dimandikan.

org perempuan islam wajib berhijrah daripada negeri kafir harbi,walaupun permusafiran/penghijrahanya seorang diri.(tanpa mahram)
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Fri Jul 18, 2003 12:18 am

qaedah yang ke 10

tassarrufu al-imam ala al-raiiyati manutun bi al-maslahah

tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat terpulang pada maslahah.

ambilan dari perkatan syaidina Omar;aku meletakkan diriku terhadap harta benda milik Allah seperti kedudukan pengurus bagi nak yatim,jika dia berhajat aku mengambil darinya apabila senang aku memulangkanya,dan jikalau mampu aku ttidak kan mabil walaupun sedikit.


qaedah ke 11.

idraul al-hudud bi al-syubhah

kesiksaan hudud gugur dengan syubhah


qedah ke 12

al-makruf urfan ka al-masyrut syartan..

yang terkenal didalam uruf seperti yang terkenal dengan syarat.


sambung...
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jul 19, 2003 12:26 am

qaedah ke 13

iza ijtamaa amraani min jinsin wahid wa lam yahtalif maqsuduhuma dakhola ahaduhuma fi al-akhar ghaaliban.

apabila berhumpun dua perkara dari sesuatu jenis yang tidak berlainan maksudnnya maka biasanya termasuk salahsatu kepada yang lain.

contoh;


apabila berhimpun hadas kecil dan junub,maka memadai menghilangkanya(hadas) dengan mandi junub sahaja,tanpa perlu lagi kepada wudhuk.

qaedah ini sama dgn qaedah;yang lebih kecil termasuk ke dalam yang
lebih besar(al-asgyaru yandariju tahta al-akhbar).


qaedah ke 14.

al-kharaju bi al-dhaman.

hasil setimpal dgn jaminan.

dasar dari hadis.al-kharaju bi al-dhaman.(riwayat ahmad,abu Daud,Syafie ,ibnu Majah dan al-tirmizi..

huraian;

tiap2 satu perkara yang keluar daripada sesuatu seperti hasil pendapatan atau faedah dan benda itu adalah hak bagi pembeli sebagai ganti terhadap kewajipanya iaitu jaminan pemilikan,andaikata perkara yang dijual rosak dalam tanganya maka ia kene ganti,sebab itulah hasil pendapatan adalah menjadi miliknya.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Jul 19, 2003 12:38 am

qaedah ke 15.

al-rukhas la tunatu bi al-maasi

kemudahan/keringanan tidak dihubungkan dengan kemaksiatan.

contoh;

orang yang musafir bagi tujuan maksiat tidak harus menggunakan hukum keringanan yang diberi .seperti qasar solat.


amun perlu ada beza abtara al-maksiat bi al-safar (musafir maksiat)dgn al-maksiat fi al-safar(melakukan maksiat dalam masa musafir).


al-rukhas laa tunatu bi al-syak

hukum keringanan tidak dihubungkan dengan/yakni dibenarkan dengan syak

bersambung
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby g3p_ajib on Sat Jul 19, 2003 8:41 am

mm,mmg senang nak faham sebab tuan bg contoh sekali....
g3p_ajib
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 676
Joined: Sun Apr 13, 2003 8:00 am
Location: KL

Postby tytsezh on Mon Jul 21, 2003 5:00 pm

terima kasih ajib..


Qaedah ke 16.


al-redha bi al-syaii redhan bima yatawalladu minhu.

redha dengan sesuatu beerti redha dengan apa yang berkaitan(yang lahir) denganya.


contoh; seorang dari suami tau isteri telah meredhai dengan aib,cacat pasanganya maka sekiranya kecacatan itu menjadi bertambah buruk kemudianya maka ia tidak berhak untuk khiyar fasakh menurut pendapat yang sahih.



qaedah cabang

la yunsabu lil saakiti qaulun

tidak disandarkan orang yang diam itu berkata.

contoh;
janda yang diam diri tidak bercakap dimasa walinya meminta keizinan untuk dikahwinkan maka sikapnya berdiam diri itu tidak menunjukan keizinannya.


qaedah cabang

ma kana aksaru feklan kana aksaru fhadlan.

perkara yang lebih banyak perbuatanya maka lebih banyak fadhilatnya.

contoh ; menunaikan haji secara ifrad lebih afhdal daripada mengerjakan haji secara qiran.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Mon Jul 21, 2003 5:14 pm

alwajib la yutraku illa liwajib

wajib tidak ditingglakan melainkan kerana yang wajib.

contoh ;memotong tangan pencuri jikalau tidak wajib tentulah haram dipotong.


ada kekecualian dalam qaedah ini antaranya..

melihat muka tunangan tidak wajib jikalau tidak disyarakkan tentulah tidak harus melihatnya.

membunuh binatang merbahaya tidak diwajibkan dalam solah,kalaulah tidak disyarakan tentu perbuatan tersebut mebatalkan solah.


cabang,,,

ma aujaba aczoma al-amraini bi khusussihi la yujabu ahwanuhuma bi umumihi

perkara yang diwajibkan lebih besar daripada dua perkara dengan khususnya tidak diwajibkan perkara yang lebih ringan dengan umumnya.

contoh;tidak wajib dikenakan hukuman taazir keatas perbuatan istimta atau bercium keatas pesalah zina kerana salahsatu perkara besar dikenakan ketasnya iaitu (had) samada sebat/rejam .
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Tue Jul 22, 2003 11:33 am

qaedah ke 17

ma thabata bi al-sya'rie muqaddamu alaa ma thabat bi al-sya'rti

perkara yang sabit dengan syarak diutamakan dari yang sbait dengan syarat.

contoh;suami berkata aku ceraikan engkau jika engkau bayar 1000 ringgit dengan syarat saya berhak rujuk keatas engkau.

maka gugurlah perkataan seribu ringgit bahkan cerai itu menjadi rajiee,sebab harta sbait dengan syarat manakala rujuk sabit dengan sayak.

qeadah cabang..

ma haruma istikmal haruma itihazuhu

apa yang haram digunakan haram juga mengambilnya.


apa yang haram diambil maka haram juga memberi.



Qaedah ke 18

al-masghul la yasghul


yang bertugas tidak ditugaskan


contoh; tidak harus melakukan dua aqad keatas satu benda pada satu
tempat.

(contoh ini ada bahasannya)



qaedah ke 19

al-maisur la yasqut bi almaksur

yang senang tidak gugur dengan yang sukar

contoh;

orang putus kaki atau tangan wajib mambasuh(wudhuk) apa yang bakinya.

orang yang menutup setengah aurat apabila tak dapat menutup kesemuanya wajib ia menutup setakat kemampuan yang ada.


Qaedah ke 19

sadd al-zaraik

menutup pintu kerosakan.



qaedah ke 20

barangsiapa yang bertindak terhadap sesuatu perkara sebelum daripada masanya di balas dengan sebaliknya.



bersambung...
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Tue Jul 29, 2003 3:37 pm

sebagai contoh; orang yang membunuh pewarisnya untuk memepercepatkan mendapat pusaka diharamkan menerimanya.

qaedah ini adalah untuk mencegah sebarang tindakan yang buruk dan menutup pinu kerosakan,
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Wed Jul 30, 2003 9:04 am

qaedah ke 21

tidak boleh diakui berat sangka yang ternyata salahnya.


contoh; org yang merasa berat sangka matahari telah terbenam lala ia berbuka,kemudian ternyata matahari belum terbenam,maka puasanya tidak sah/batal.

qaedah ke 22

perkara yang wajib tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan perkara yang lain maka perkara yang lain itu turut menjadi wajib.;

menegakan Negara Islam wajib,maka dengan sendiri menyertai
pilihanraya menjadi wajib


Itulah sahaja yang dapat saya nukilkan beberapa qeadah fiqh,penyususnan ini adalah berdasarkan nota saya ketika belajar dulu,beberapa kitab2 yang menjadi panduan saya dalam menulis adalah seperti berikut;

al-Asybah wa al-nazair fi qawaid wa furuk fqhh al-syafieyah

karya Imam al-Sayuti(w. 911 h) tahkrij dan taklik oelh Khalid Abd Fattah,Muassasah al-Kutub al-thaqafiah,cet 1,1994

al-fikr alqanuni al-Islami baina usul al-syariat al-Islamiah,

Ahmad Fathi Osman,Maktabah Wahbah Qaherah,t.t


al-Iktisom

al-syatibi,Abu Ishak Ibrahim bin MUsa bin Muahamad al-lahmi,

al-iktisom,al-makatabah al-tijariaha al-kubra,matbaah al-saadah Qaherah.


Prinsip-Prinsip Fiqh Islam,

Haji Hasan Saleh,ukm

PAP cet ke 4 1991
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby apai abu firdaus on Thu Aug 28, 2003 3:04 pm

terima kasih kerana ilmu ni.........

kaedah ke 8

iza ijtamaa al-haal wa al-haram ghulliba al-haram.

apabila berhimpun halal dan haram maka dikira haram.


contoh yang dibagi menunjukkan banyak haramnya dari halal (manfaat)

macam mane untuk kes dimana banyak yang halal dan sedikit yang haram........misalnya dalam kes duit yang bercampur, dll
apai abu firdaus
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 330
Joined: Thu Jun 05, 2003 9:49 am
Location: kuching sarawak

Postby tytsezh on Sat Aug 30, 2003 10:44 am

assalamualaikum

tq,sdr apai atas soalan tersebut,maaf terlewat menjawabnya.

Qaedah tersebut diambil dari sepotong hadis:(maqsud).tidak berkumpul antara halal dan haram melainkan dimenangkan haram keatas yang halal.

Imam as Sayuti menyatakan dalam a-asbah wa annazoir,hadis ini menurut al-Iraqi adalah hadis yang tidak ada asal,manakala al-Subki dalam asbah wa anaanzoir yang dinaqal dari al-Baihaqi,menyatakan hadis itu di riwayatkan dari jabir al-jakfi seorang yang bertaraf lemah,yang mana meriwayatkan dari al-Sya`bi dari Ibnu Masud dalam bentuk munqati`.

bersambung..
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Aug 30, 2003 10:58 am

sambungan..

walaubagaimanapun as-sayuti menyatakan bahawa kaedah ini dalah benar dan selaras mengikut prinsip am syarak,sungguhpun begitu ada juga pengecualian pada qaedah ini dan kalau kita melihat pada hadis yang dibawa oleh beliau pada akhir perbincangan ini,dimana ada sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mjah dan al-dar- alQutniy(maqsud);

haram tidak mengharamkan yang halal.

Ibnu Subki dalam membahaskan hadis ini menyatakan;tiada pertentangan antara kedua perakara tersebut,bahkan beliau menyatakan;menghukum haram perkara yang bercampur halal dan haram adalah satu ihtiyat bukan semestinya perkara tersebut haram.


jawapan pada soalan sdr apai,

sebenarnya dalam bahasan bab ini,ada huraian yang panjang lebar,tetapi memadai saya menjawab ringkas terus pada persoalan sdr shj.Terlebih dulu kita memahami sedikit ttg percampuran ini,antara perkara yang haram pada zatnya dan haram bukan pada zatnya tetapi disebabkan perkara lain,maka hukumnya berbeza.

Ibnu Qayyim dalam badai`ie al=fawaid j.3 ms 257,membahagikan harta haram kepada dua bahagian;

1, haram dari segi zatnya seperti arak,khinzir dan sebagainya.

2. haram disebabkan perkara lain,seperti haram kerana hasil kerja bagi wang,wang pada zatnya tidak haram tetapi menjadi haram kerana perbuatan.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Aug 30, 2003 11:16 am

bagi maksud perkara yang kedua,maka hukum nya perlu ditangani secara berbeza dengan yang pertama.

bagi perkara yang kedua,tanda aras kadar haram yang diterima adalah seperti berikut;

1.berdasarkan hadis Rasulullah s.a w.(maqsud) .hadis yang menyatakan haram memakai sutera,namun nabi mengecualikan jika terdapat percampuran antarA sutera dan benang biasa,kadar yang dinyataka samada benang sutera kurang atau sama banyak 50:50.

tanda aras disini ialah 50;50

2.Isyarat Rasulullah tentang kadar 1/3 atau 33.33% kuantiti yang besar.

hadis yang mengisahkan ttg t Saad bin abi Waqqas ketika hampir ajalnya memohon untuk sedeqahkan hartanya sebanyak 2/3 kerana beliau hanya ada seorang anak peremppuan,maka rasul menegahnya ,1/2 rasul masih menegahnya,lalu Rasul menyarankan 1/3 adalah memadai.itupun masih terlalu banyak.(Hadis Riwayat Bhukari/Muslim).


3.Tanda aras berdasarkan Ghibnu al-fahish.
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sat Aug 30, 2003 11:38 am

bagi perbuatan tanajusy(manipulasi) jika disertai unsur ghibn al=fahisy boleh memberi hak pada pembeli membatalkan kontrak menurut Jumhur.(lihat al-zarqa,madkhal fi al-Fiqh al-am,j.1 ms 378).

ini menunjukan bahaw ghibn al-fahis dengan wujudnya unsur tanajusy adalah haram,namun menurut hanafi jika dikeadaan sedikit dalah dimaafkan.

tanda aras yang digariskan ;

5% bagi barangan biasa,

10% bagi binatang termasuk tunggangan

20% bagi aset tetap.


Mungkin tanda aras ini boleh dijadikan asas pada percampuran harta haram dan halal.


Penetapan tanda aras di Malaysia
.(mengikut ulamak-ulamak tempatan)


setelah meneliti tanda2 aras diatas,maka tidak kesemuanya boleh dipakai dalam semua keadaan,namun perbincangan kita menjurus pada kegiatan ekonomi/kewangan dan amaln perbankan,sekuriti di MALAYSIA

DEALAM KEADAAN INILAH ulamak2 kita membuat kesimpulan ttg halalny sesuatu sekuriti sekalipun bercampur sumber kewangan syarikat atau pun dalam kontek wang disatukan dalam belanjawan negara.

apakah tanda aras yang dipakai dimalaysia dan alasan2 pemakaiannya?

bersambung..
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Sun Sep 21, 2003 3:42 am

assalamualaikum

Di Malaysia selalunya syarikat yang beroperasi,bolelah dimasukkan dalam beberapa kategori yang mana aktivitinya boleh dinilai kesahihan pendapatannya samada haram atau halal ,piawaian nilaian bersumberkan Al-Quran/Hadis dan sumber-sumber perundangan yang lain termasuklah prinsip2 am syarak.

Pertama;-

aktiviti syarikat berteraskan riba sebagaimana yang dijalankan oleh institusi kewangan konvensional,termasuk bank perdagangan dan bank saudagar,syarikat kewangan dll.

Kedua;-

aktiviti syarikat yang utama adalah menjalankan kegiatan perjudian.


Ketiga;-

Aktiviti utama mengeluar dan menjual barangan dan perkhidmatan yang diharamkan oleh Islam,Syarikat tersebut termasuklah mengeluar dan memasarkan minuman keras,daging yang tidak halal,begitu juga perkhidmatan tidak bermoral seperti pelacuran dll.

Kempat;-

Aktiviti utamanya bersifat gharar,ianya merujuk kepada syarikat insuran konvesional dan yang sewaktu denganya.

Kelima;-

Syraikat bercampur,aktiviti utama terdiri dari aktiviti dibenarkan oleh syrak,namun terdapat juga aktiviti sampingan haram yang kecil.


Maka tulisan ini akan menjurus kepada syarikat kriteria kelima bersesuaian dengan pertanyaan asal dan perbincangan mengenai percampuran harta.

bersambung....
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby tytsezh on Mon Sep 29, 2003 12:03 pm

Assalamualaikum;

Bagi syarikat yang bercampur,para fuqaha di Malaysia telah mempertimbangkan dari beberapa sudut,dalam menentukan kelulusan syarikat tersebut disisi syarak.antaranya;-

a) aktiviti utama syarikat bukanlah aktiviti yang bertentangan dengan syarak,manakala
unsure haram amat kecil.

b) pandangan masyarkat umum,tentang imej syarikat mestilah baik.

c) aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada umat dan
negara,manakala unsur haram adalah amat kecil melibatkan perkara umum balwa
,uruf dan hak-hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.

Di samping itu,beberapa prinsip-prinsip am syarak.,qaidah-qaedah fiqh,tentang asalib al-iqtisodiah yang ada ,fasad al-zaman,masalih al-dharuriyah adalah perkara asas yang diambil kira.


Oleh yang demikian,tanda aras (bench mark) yang dipakai ialah;

A .Percampuran atas factor yang diambil kira diatas,maka kadar 5% ditetapkan,maknaya unsure haram tidak boleh melebihi kadar tersebut..Analisa peratus haram sebagai langkah ihtiyat diambil dari dua sudut;

1. bandingan perolehan aktiviti haram dengan prolehan kumpulan.

2. bandinagn keuntungan aktiviti peratusan haram dengan keuntungan sebelum cukai.


Jika selepas analisa ini kadar peratusannya bawah 5% peratus,maka akan dimasukan bawah senarai syarikat yang lulus disisi Syariah.


B. Tanda aras bagi factor imej ialah 25%,

Imej bukanlah factor kuantitif,maka tanda aras diletakakan sebagai memudahkan analisa terhadap aktiviti syarikat.Imej biasanya merujuk pada aktiviti perhotelan dan pelancongan.Pada amnya aktiviti itu dibenarkan oleh syarak,namum dalam masa yang sama ada hotel yan menyedaiakan minuman keras,dsco dsb,maka oleh kerana itu tanda aras bagi imej hotel adalah 25% dan tanda aras bagi aktiviti penjualan arak 5%,maka
Jika keduanya melebihi aras tersebut atau salah satunya,maka syarikat itu tidak dibenarkan atau dimasukan dalam senarai halal untuk pelaburan.

Alas an yang digunakan,adalah seperti dalil-dalil perbincangan diatas serta beberapa prinsip2 am syarak,qaidah fiqh dan juga keadaan survival ekonomi ummah dll.

Rujukan;

Al-asbah wa al-nazair oleh al-suyuti h 139-144

Al-Zarqa,Madkhal fi al-Fiqh al-Am,j 1 h 378.

Badaie al-Fawaid,Ibnu Qayyim j.32 h 257

Al_Muwafaqat,al-Syatibi j 2 h 8-10

Penerangan lisan oleh;-

YAA Datuk Syekh Ghazali Abd Rahman,
Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Datuk Abd Halim Ismail ,BIMB Sekuriti

S.S Datuk Hj Hasyim Yahya.
Pensyarah AIKOL UIAM
(Kertas Kerja:Sekuriti-sekuriti diluluskan Syariah.)
(kedua-kedua nya adalah Penasihat Syariah beberapa bank empatan)

Kulliyah Subuh Oleh S.S Mufti Kerajaan Negeri Pulau PInang
Di Hotel Rennaisence Kota Bharu, 25 .8.2002

TAJUK : Bai al_murabahah (produk Kewangan Islam)

Wallahu a!lam
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby Jamaah on Thu Oct 09, 2003 12:07 pm

Assalamualaikum,

Saudara tytsezh, Apakah kaedah fekah dalam mendaftar kitab/buku dibawah akta Copy Right reserve. Adakah ianya bersesuaian jika dengan usul fekah.
Jamaah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 517
Joined: Mon Sep 08, 2003 5:12 pm

assalamualaikum

Postby tytsezh on Fri Oct 10, 2003 12:05 am

molek kiranya..tuan terangkan apa tujuan daftar..atau kenapa perlu untuk daftar..

maaf sekiranya lewat sikit jawab nanti..sebab takde masa terluang..hingga kepenghujung okt..mungkin Tuan Syeikh Gayat/madini/KA nak tolong jawab ..silakan///
tytsezh
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 632
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kuantan

Postby Jamaah on Fri Oct 10, 2003 9:01 am

Tuan,

Apa yang saya dapat berikan tujuan mendaftar ialah:-

1. bagi menjaga isi kandungan dalam buku tersebut dari kemungkinan salah faham.

2. menjaga hasil dari jualan
Jamaah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 517
Joined: Mon Sep 08, 2003 5:12 pm

Postby g@y@t on Fri Oct 10, 2003 10:59 pm

as'kum,

Belek2 sekali jumpa lak artikel pasal cetak rompak yg pernah saya susun. Berikut artikelnya. WA.

-----

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam.
Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat. Wahai orang Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Permasalahan jual beli semakin lama menjadi semakin complicated sejajar dengan masa. Pengenalan ‘copyright law’ ini umpamanya, menjadi masalah yang cukup besar terutama kita di Malaysia. Harga mahal barang2 original yang mempunyai copyright ini membuatkan orang ramai mencari alternatif lain yang lebih murah untuk mengelakkan pembaziran. Tetapi adakah perbuatan kita itu dibenarkan syara’. Insya Allah kita akan membincangkan persoalan ini dengan membawakan fatwa-fatwa daripada ulama-ulama pada masa kini.

Ulama berbeza pendapat berkaitan perkara ini. Tetapi apa yang menjadi percanggahan adalah copyright benda2 yang berbentuk ilmiah bukannya CD, VCD dan seumpamanya. Ada yang mengatakan wujud manakala ada yang mengatakan sebaliknya. Keduanya mengeluarkan hujah-hujah mereka, namun hujah yang mengatakan ada, ternyata lagi kuat. Ini berlandaskan kepada Ayat Al-Quran berikut:

“Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu.” (Al-Ma'idah: 1)

“Dan janganlah kamu merugikan manusia pada hak-haknya dan janganlah kamu merajalela di muka bumi dengan membuat kerusakan;” (QS. 26:183)

Manakala di dalam hadis pula:

“Muslim terikat pada undang2 mereka.”Au Qama Qol

“Barangan sorang muslim tidak dibolehkan(untuk diambil orang lain) tanpa izinnya.” Au Qama Qol

“Barangsiapa yang menyuruh orang lain untuk mendapatkan perkara yang halal, akan lebih layak untuk memilikinya.” Au Qama Qol

“Muslim mesti mematuhi perjanjiannya kecuali perjanjian yang mengharamkan benda yang halal atau menghalalkan apa yang haram.” (Riwayat Imam turmudzi)

"Barangsiapa membeli barang curian, sedang dia mengetahui bahwa barang tersebut adalah curian, maka dia bersekutu dalam dosa yang cacat." (Riwayat Baihaqi)

Maka di sini jelas mengatakan ‘Copyright law’ adalah sah disisi Islam kerana hak intelek adalah merupakan hak milik yg sah dan ia dilindungi oleh syara'. Ia meliputi hak intelek/hakcipta muslim dan juga non-muslim.


Namun begitu, Ulama’-ulama’ kontemporori tidak mengharamkan terus secara total. Oleh kerana hukum ini tidak terdapat di dalam hadis mahupun al-Quran secara mutlak, maka hukum yang dikeluarkan oleh ulama’2 adalah hukum bersyarat yang bergantung kepada beberapa keadaan. Iaitu:

· Jika pemiliknya menetapkan ia boleh untuk kegunaan personal tapi tidak boleh untuk kegunaan komersil

· Uruf atau budaya setempat tidak mencela amalan menggunakan hak copyright untuk kegunaan peribadi.

· Harus untuk kegunaan pelajaran atau institusi pelajaran jika produk asal itu mahal atau sukar didapati. Ini dijelaskan di dalam al-Quran:

“kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya.” (Al-An`am: 119)

“Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya.” (Al-Baqarah: 173)

· Boleh mencetak rompak hakcipta dari negara yg berstatus harbi (negara yg memerangi Islam).

Hukum asal membeli barangan cetak rompak adalah haram kerana hakcipta adalah hakmilik yg sah yg diperakui oleh semua bangsa yg bertamaddun dan dilindungi oleh akta paten dan hakcipta terpelihara. majma' fiqh Islami

Kesimpulan
Membeli barangan cetak rompak: haram kerana membangunkan industri rompakan. Syarat mengenai barangan harbi itu tidak releven kerana bukan hanya barangan yang berasal dari negara harbi itu sahaja yang dijual tetapi juga negara lain yang tidak bermusuhan dengan Islam.
Meng-copy barangan: Hukum asal haram tetapi bergantung kepada syarat yang telah diberikan.

Disusun oleh,
g@y@t

Rujukan
Fatwa Sheikh Abdul Aziz Ben Baz
Fatwa Sheikh Uthaymin
Fatwa Dr Mahmood 'Akam.
Fatwa Dr. Muzammil H. Siddiqi (Bekas Presiden Pertubuhan Islam Amerika Utara.)
Fatwa Dr. Yusuf Qardawi



http://www.islamonline.net/completesear ... waID=20625

http://www.islamonline.net/completesear ... waID=35108

http://www.islamonline.net/completesear ... waID=79181

http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/H ... tml#4.2.10

http://www.islam.tc/ask-imam/view.php?q=2744
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Next

Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron