KERJASAMA TENTERA OIC

Untuk apa-apa bicara berkaitan ilmu dan amal gerakan Islam.

KERJASAMA TENTERA OIC

Postby akuumno on Fri Jul 18, 2003 5:37 pm

Berikut adalah Petikan kertas kerja BRIG. JEN. DATUK NAJMI AHMAD bertajuk “Ke Arah Melengkapkan Kekuatan Ketenteraan Untuk Pertahanan Dunia Islam di Multaqa Ulama Sedunia.
Ianya menjadi salah satu resolusi yang disepakati dan dipersetujui bersama untuk dilaksanakan.



Al-QURAN dipenuhi dengan banyak ayat yang membicarakan kekuatan telah menempatkan ketenteraan sebagai asasnya, bertujuan merangsangkan kebangkitan ummah untuk berperanan mewajahi kehidupan sebagai khalifah, berkeupayaan menentu arah tuju masyarakat, sesuai dengan risalah. Muhammadiah, bukan untuk menjuarai isu-isu khilafiah.

Apabila tersasar daripada matlamat ini, di samping gagal mengolah sejarah kebangkitan yang berada bersama Islam di zaman keemasan dan kemuncaknya, diparahkan lagi dengan sifat kelesuan minda, kaku dalam kejumudan fikrah, tidak terasa rimas dengan kelemahan, tidak resah dengan himpitan dan penguasaan pihak asing ke atas negara, budaya, ekonomi, politik dan sebagainya, maka ia menyebabkan kita terpinggir jauh daripada arus perdana dalam menentukan masa depan kita sendiri. Sekali gus terus berada dalam daerah al-Mustadh'afin Fil Ardh (orang yang tertindas di muka bumi). Ertinya kita menjadi umat yang paling lemah di muka bumi Allah ketika ini dan berada jauh dari kerangka asal yang Allah tentukan untuk kita iaitu Khaira. Ummah (umat terbaik) dan Antumul A’launa.

Sesungguhnya bmat Islam hari ini telah mengabaikan tuntutan dan tanggungjawab terhadap Allah dalam aspek mempersiapkan kekuatan. Kita telah mengabaikan perintah Allah dalam al-Quran mengikut uruf lughah (kefahaman bahasa) dan syaraknya bahawa kedatangan ayat ini dengan sighah al amr (dalam bentuk perintah) tanpa qarianah. (bukti) yang memalingkannya dari makna wajib kepada makna lain telah memberikan isyarat bahawa mengumpul segala kekuatan dalam menghadapi cabaran musuh adalah satu kewajipan syarie ke atas umat Islam di sepanjang zaman - lebih-lebih lagi dalam keadaan umat Islam sering menjadi mangsa penindasan dan kezaliman pihak asing yang sedang kita saksikan sekarang.

Kita tidak menafikan tentang kesedaran ini di kalangan umat Islam, tetapi yang menjadi masalah ialah kesedaran yang ada pada kita, tidak diterjemahkan ke alam realiti kerana kita tidak mempunyai daya saing akibat kita ketinggalan dalam bidang sains dan teknolog?. Justeru, setiap konflik yang melibatkan umat Islam, kita hanya mampu melihat tetapi tidak mampu berdepan bagi mempertahanlsan maruah. Dalam pada itu ada pula negara-negara Islam yang sanggup bersekongkol dengan musuh memberi kemudahan pangkalan-pangkalan mereka digunakkan oleh musuh dalam gerakan menghancurkan umat dan negara Islam.

Kita lihat perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku pada masa kini, di mana jika diteliti ia adalah satu perkiraan pihak musuht dalam persiapan mereka menghadapi Islam yang dianggap musuh selepas berakhir era perang dingin. Kita lihat bahawa aliran pengwilayahan bagi kerjasama ekonomi, juga ketenteraan secara langsung dikuatkan dengan jati diri setiap peradaban, mungkin satu contoh jelas ialah Kesatuan Eropah
(EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang rata-rata anggotanya berperadaban Kristian kecuali Turki, satu petanda besar betapa kesiagaan mereka mendepani Islam untuk terus kekal sebagai kuasa besar memerintah dunia. Yang anehnya, sebahagian besar daripada sumber kekuatan mereka adalah hasil sumbangan dari negara-negara Islam yang dialirkan untuk kepentingan mereka.

Di samping kekuatan ekonomi, ketenteraanlah yang menjadi asas sandaran kepentingan Barat dalam rancangan mereka mengepung dun?a luar. Anthony Lake, penasihat keselamatan negara kepada Bill Clinton, menegaskan bahawa diplomasi yang tidak berkaitan dengan kuasa akan gagal. Amerika Syarikat (AS) yang memiliki 200 pengkalan tentera di seberang laut menjadi tunggak kepada pertahanan dan perluasan kuasa Barat.

Kekuatan ketenteraan sebagai jaminan dalam penawanan dunia menyebabkan Barat berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan monopolinya ke atas senjata nuklear. Keupayaan negara bukan Barat untuk memiliki senjata nuklear adalah menjadi suatu yang amat membimbangkan Barat khususnya AS.

Kini negara dan umat Islam berada jauh kebelakang dari negara Barat dalam bidang ketenteraan. Keadaan ini berlaku kerana kita ketinggalan jauh dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri pertahanan. Pada umumnya pada masa kini, negara-negara Islam bergantung kepada negara-negara Barat khususnya AS bagi mendapatkan kelengkapan ketent eraan .

Tidak dapat dinafikan setakat ini industri pertahanan Amerikalah yang membangunkan sebahagian besar peralatan ketenteraan yang digunakan oleh negara negara Islam. Lima syarikat gergasi pertahanan AS iaitu Roffieon, Northrop, Grumman, Lockheed Master, General Dynamics dan Boieng membolot sebahagian besar industri pertahanan dunia.

Apa yang dipanggil sekatan secara terang dan halus yang dipelopori oleh AS telah berlaku untuk menghalang negara yang tidak bersekongkol dengannya daripada memperoleh alat gantian kelengkapan ketenteraan mereka.

Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal sekatan alat gantian kelengkapan ketenteraan yang berkemungkinan melumpuhkan kecekapan dan keberkesanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. ATM walaupun menggunakan kelengkapan ketenteraan yang bukan sahaja dibekalkan oleh industri pertahanan AS, tetapi menjadi penghalang kepada kuasa unipolar ini memulas tangan negara pembekal seperti Perancis dan Rusia.

Sebagai persiapan dalam menghadapi keadaan ini dari terus berlaku secara berterusan , negara- negara Islam harus menumpukan usaha dalam bidang industri pertahanan terutama dalam bidang R&D. Bagi negara-negara maju, R&D sains pertahanan amat mendapat perhatian pihak pembuat dasar. AS umpamanya, untuk tujuan ?ni mempunyai peruntukkan hampir RM1 trilion bagi tahun 2002 sahaja.

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh negara-negara Islam kerana kita hanya menjadi negara pengguna tetapi tidak sebagai negara pengeluar - paling kurang untlik kegunaan sendiri.

Sudah tiba masanya aliran pengwilayahan di kalangan negara Islam seperti Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)memperluaskan bidang kerjasama -mereka dengan mewujudkan pakatan ketenteraan di mana penumpuan harus diberi dalam bidang penyelidikan dan pembangunan industri pertahanan atau R&D. Tanpa kerjasama yang melibatkan pakatan ketenteraan, dengan memberi perhatian untuk membangun industri pertahanan, OIC akan dilihat tidak lebih daripada kebajikan yang tidak akan mencapai matlamat memperkasakan umat, paling kurang mampu mempertahankan tempat-tempat suci Islam. Kerana selain wilayah, tempat-tempat suci sering menjadi punca kepada sesuatu konflik. Justeru, konflik itu harus diurus secara tepat dan saksama kerana kadang kala konflik tidak semestinya memerlukan kita berada di zon peperangan, tetapi kesan kepada kepentingan umat sentiasa terjejas ekoran serangan dalam bentuk lain. Untuk itu umat lslam mesti sentiasa berorientasikan pengalaman dan penjajahan Fikri Hadari Waqie (tamadun semasa) yang disepadukan dengan konsep kesiagaan untuk menjana kelangsungan umat dan kelangsungan risalah itu sendiri.

Selain R&D dalam industri pertahanan, peranan media suatu yang cukup mustahak dan penting dalam kerangka berhadapan dengan musuh. Imbas kembali operasi ketenteraan yang melibatkan AS di Afghanistan umpamanya di mana sebelum operasi dijalankan, kepimpinan Taliban telah kehilangan simpati dari masyarakat akibat serangan media yang dilakukan oleh AS sehingga persepsi dunia antarabangsa terhadap Taliban terlalu buruk, di situ kemenangan telah memihak kepada AS, belum pun serangan bermula.

Pengajaran dari operasi operasi ketenteraan yang telah kita saksikan, nampak benar kekuatan umat Islam dalam menghadapi perang siber dan teknotogi masih berada pada tahap yang terendah. Justeru, penguasaan ke atas perkembangan teknologi maklumat perlu dilaksanakan di kalangan negara Islam sebagai keperluan kekuatan seperti yang dimaksudkan oleh ayat 60 surah al-Anfal yang bermaksud:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap bersedia, untuk mengerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya dan apa saja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiayai.

Kesimpulan daripada apa yang diperbincangkan menjurus kita untuk bersama mengatasi kemelut umat dengan memperkasakan jati diri, melalui pembentukkan daya fikir berlandaskan Fikrul Hadhriyyul Waqie (pemikiran tamadun semasa) dengan pengukuhan memahami peradaban ummah seperti yang diungkapkan oleh Malik bin Nabi, A Dynamic Culture iaitun himponan daripada beberapa aspek terpenting iaitu dari sosialnya merangkumi akidah, tradisi, adat resam, pemikiran, bahasa, pendididkan dan tentunya sains dan teknologi.
User avatar
akuumno
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2964
Joined: Mon Jul 22, 2002 8:00 am

Postby moonlight on Mon Jul 21, 2003 5:44 pm

Ini bukanlah cadangan baru ....... malah telah disebutkan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Noor walaupun dipandang sepi. Tapi alhamdulillah akhirnya diperbincangkan jua..
moonlight
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1777
Joined: Thu Oct 24, 2002 8:00 am

Postby awang bin ali on Tue Jul 22, 2003 12:23 pm

amalan/ cadangan yg ikhlas..sentiasa dihargai...jika tidak pada sisi manusia, disisi Allah swt tetap brnilai..
Dan tak perlu jadi mana2 ahli parti dan tak perlu ada kuasa untuk berikan cadangan..semua org Islam layak beri cadangan.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Elrondperedhil on Wed Jul 23, 2003 9:25 pm

Saya sokong, kumpulkan kekuatan umat Islam. tunjukkan yang kita takkan membiarkan ancaman dipandang sepi.

Saya mencadangkan satu pasukan bersekutu tentera negara2 Islam dihantar ke Iraq bagi mengambil alih pentadbiran iraq dari US dan britain. Pastikan jumlah pasukan ni agak besar bagi menyenyapkan sebarang penentangan dari US dan sekutunya. Bergerak di bawah panji OIC dan bukan PBB.

Kalaulah saya PM saya dah bentangkan perkara pakatan ketenteraan Islam ni setiap kali mesyuarat OIC dijalankan.
Pandang tak semestinya suka, Suka tak semestinya Cinta. Kesimpulannya, jangan cepat perasan.
Elrondperedhil
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 458
Joined: Tue Jul 08, 2003 9:09 am
Location: Dah Pindah PJ

Postby awang bin ali on Thu Jul 24, 2003 2:29 pm

bagus tu..

tapi sapa sedia yer..maklumlah kena tinggalkan anak isteri..hak anak isteri penting gak.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Abu Fadl on Thu Jul 24, 2003 3:39 pm

Apa yg bagus,

OIC adalah alat kaum kafir utk mengkondemkan islam, jangan jadi bodoh. Umat islam mestilah mempunyai pemikiran yg tinggi bukan ikut2-ikutan.
Abu Fadl
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 417
Joined: Tue Jul 16, 2002 8:00 am

Postby awang bin ali on Thu Jul 24, 2003 6:06 pm

OIC tu alat org kafir yer.. cian mereka yer ..ikut telunjuk org2 kafir.
Cintailah sedara kamu, kasihlah sedara kamu..Brsatulah sebagai satu ummah. gembirakanlah Allah swt dan RasulNya saw.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Abu Fadl on Fri Jul 25, 2003 9:44 am

Banyak olah dan onar yg dilakukan oleh OIC yg merugikan umat islam. OIC diketuai oleh penguasa2 kerajaan yg mana mereka juga yg menekan gerakan2 yg ingin mengembalikan islam di negara2 mereka. Adakah mereka inimempertahankan islam dan adakah mereka ini akan selamat jika islam naik nanti Ini cuma fatamorgana umat islam.

Begitu juga muttaqo ulama baru2 ni, ni semua agenda, jangan terpengaruh dgn golongan2 tersebut.

Matangkan diri dgn tsaqafah islam, ikatkan diri dgn hukum2 Allah.
Abu Fadl
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 417
Joined: Tue Jul 16, 2002 8:00 am


Return to Bicara Siasah & Haraki

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 2 guests