terkena najis babi...kena samakkah..?

Untuk apa-apa bicara berkaitan fiqh Islam.
Pengendali :: abuqais

terkena najis babi...kena samakkah..?

Postby pisang emas on Tue Dec 21, 2004 5:05 pm

akum,

adkah kita perlu menyamak jika kita tersentuh kulit babi,jika keadaan kita kering,dan babi tersebut juga kering..?

adakah kita perlu menyamak jika terkena kulit babi,atau najis babi secara tak sengaja..?dan selepas itu kita mengetahui bahawa kita terkena najis babi tersebut...kita dah bersalaman dengan orang lain dan adakah orang lain yg bersalaman denhgan kita juga kena samak..?

satu lagi adakah kena samak jika kita menyentuh bhan2 yg terkena babi,cth kasut yg tersentuh babi kemudian kita pakai kasut tu,kita sentuh dan sebagainay..?

kesimpulannya adakah kena samak jika terkena babi,??

minta penjelasan..?
"apakah gunanya membawa lampu bagi orang yg buta sedang yg berguna hanya orang lain,apakah gunanya kamu berbicara tentang ilmu hikmah sedang kamu sendiri tidak AMALKANNYA..!!"...~nabi isa..“
pisang emas
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Sun Dec 19, 2004 12:51 pm
Location: pj

Postby g@y@t on Tue Dec 21, 2004 10:26 pm

Perincian ringkas mengenai pendapat mazhab adalah sebagai berikut:

Syafi'i
. Semua binatang (yang hidup) adalah suci kecuali anjing dan babi.
. Susu binatang yang halal dimakan
. Telur binatang sekalipun dari binatang yang haram dimakan dagingnya. dan dari yang telah mati.
. Bangkai binatang laut adalah suci, kecuali buaya, katak dan ular (binatang dua alam).
. Bulu binatang yang halal dimakan adalah suci samada ia dicabut semasa hidup atau selepas disembelih. Tetapi, yang dicabut
selepas mati (tidak disembelih) adalah najis.
. Bulu yang tercabut/tanggal dari binatang yang tidak halal adalah najis.
. Dimaafkan sedikit bulu yang najis selain dari bulu anjing dan babi.

Hanafi
. Semua bahagian dari anggota binatang yang di dalamnya tidak ada aliran darah melainkan babi adalah suci. Samada yang
masih hidup atau yang telah menjadi bangkai. Samada yang halal dimakan atau yang haram. Anggota yang tidak ada aliran
darah ialah seperti tulang, paruh, kuku, bulu dan sebagainya.

Maliki
. Semua benda yang hidup adalah suci .
. Binatang yang halal dimakan yang mati sebab sembelihan adalah suci (semua bahagian badannya).
. Binatang yang tidak halal, menjadi najis selepas mati.
. Rambut dan bulu adalah suci sekalipun daripada babi.
. Lebihan binatang yang halal dimakan adalah suci, seperti tahi merpati, ayam selagi ia tidak menggunakan benda najis sebagai
bahan makanannya.

Hanbali
. Bangkai binatang darat adalah najis kecuali yang tidak mengalir darahnya seperti belalang.
. Bangkai binatang laut adalah suci.
. Air kencing binatang yg halal dimakan adalah suci.
. Bulu dan seumpamanya daripada semua binatang yang halal dimakan adalah suci.

(2)
Pertanyaan saudara/ri:
Apakah benar tulang binatang yang disembelih tidak boleh dibawa dalam sembahyang. seperti tulang unta yang dibuat tasbih.

Berdasarkan pada kenyataan di atas (1), tulang binatang yang halal dimakan yang mati sebab sembelihan adalah suci. Ini
pendapat seluruh ulamak. Apabila ia suci maka bolehlah dibawa dalam sembahyang.

Pertanyaan kedua,
Bagaimana pula bulu/kulit binatang yang disamak?

Semua kulit binatang yang disamak adalah suci, kecuali daripada babi dan anjing atau peranakkan keduanya. Tidak kira
samada binatang itu halal dimakan atau tidak.

Baiklah, satu masalah telah selesai, iaitu mengenai kulit yang disamak. Ia suci, dan boleh dibawa dalam sembahyang.

Bulunya pula... Menurut Syafi'i, kalau ia dari binatang yang halal dan mati secara sembelihan, maka ia adalah suci. Kalau dari
binatang yang tidak halal, atau dari yang jenis binatang halal dimakan tetapi mati tidak dengan sembelihan, maka bulunya adalah
najis.

Kalau suci, boleh dibawa dalam sembahyang, manakala kalau najis tidak boleh.

Menurut Hanafi pula, bulu binatang kecuali babi adalah suci, tidak kira ia dari jenis binatang halal atau tidak. Bulu dari binatang
yang masih hidup atau yang telah mati.

Saya kira soalan kedua juga sudah terjawab.

Pertanyaan ketiga, bagaimana pula gelitin binatang halal yang diproses utk dibuat gambar sebagai contoh. apakah benar ia tidak boleh dibawa dalam sembahyang.

Gelatin yang diperolehi dari binatang yang halal, jika disembelih secara syarak adalah suci.

Kami berharap jawapan ini dapat difahami dengan baik serta memperolehi beberapa maklumat baru yang berguna. Dan lawati
lagi aL-AHKAM online.

Wallahua'lam...

Rujukan
1. Fathul Wahab, vol 1, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari
2. Kifayatul Akhyar, vol 1, Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhamad al-Husaini
3. Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuhu, vol 1, Dr Wahbah al-Zuhaili

Petikan al-Ahkam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

---------

Postby pisang emas on Thu Dec 23, 2004 10:13 pm

yang ni lak macam mana...?
adakah kita perlu menyamak jika terkena kulit babi,atau najis babi secara tak sengaja..?dan selepas itu kita mengetahui bahawa kita terkena najis babi tersebut...kita dah bersalaman dengan orang lain dan adakah orang lain yg bersalaman dengan kita juga kena samak..?

ini juga berkaitan dengan bersalam dgn orang kafir yg sentiasa menyentuh babi tu...........

dan ana rasa solan yg ana ajukan tak terjawab.........
bagaimana dengan sentuhan kulit babi...atau bulu babi....

kalau ikut penjelasan saudara,jika ikut pendapat maliki rambut dan kuku adalah suci walaupun babi sekalipun.....


adakah jika berlakunya banyk pendapt begini ana boleh melakukan mana2 pilihan yg ana rasa lebih kuat hujjahnya...??
dan apakah sebaik2 pendapat@pendapat pertengahan dalam bab ni...??

sekian
"apakah gunanya membawa lampu bagi orang yg buta sedang yg berguna hanya orang lain,apakah gunanya kamu berbicara tentang ilmu hikmah sedang kamu sendiri tidak AMALKANNYA..!!"...~nabi isa..“
pisang emas
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Sun Dec 19, 2004 12:51 pm
Location: pj

Re: ---------

Postby janvier le blanc on Fri Dec 24, 2004 1:05 am

pisang emas wrote:yang ni lak macam mana...?
adakah kita perlu menyamak jika terkena kulit babi,atau najis babi secara tak sengaja..?dan selepas itu kita mengetahui bahawa kita terkena najis babi tersebut...kita dah bersalaman dengan orang lain dan adakah orang lain yg bersalaman dengan kita juga kena samak..?

ini juga berkaitan dengan bersalam dgn orang kafir yg sentiasa menyentuh babi tu...........

dan ana rasa solan yg ana ajukan tak terjawab.........
bagaimana dengan sentuhan kulit babi...atau bulu babi....

kalau ikut penjelasan saudara,jika ikut pendapat maliki rambut dan kuku adalah suci walaupun babi sekalipun.....


adakah jika berlakunya banyk pendapt begini ana boleh melakukan mana2 pilihan yg ana rasa lebih kuat hujjahnya...??
dan apakah sebaik2 pendapat@pendapat pertengahan dalam bab ni...??

sekian



lau hal bersalam itu... rasanya x perlulah dipanjangkan dan dipersulitkan... perincian tersebut adalah antara yg tidak digalakkan dlm AGAMA...

menurut sesetengah pendapat , babi itu NAJIS nya hanya pada daging dan pada konteks : TIDAK BOLEH MEMAKANNYA...

berhubung dgn kulitnya dan sentuhan, tidak ada dalil sahih mengatakan BABI itu najis yg mana bila disentuh, perlunya kpd sertu dsb...

WA
janvier le blanc
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 71
Joined: Tue Nov 09, 2004 11:23 am
Location: Malaysia

=======

Postby pisang emas on Sat Dec 25, 2004 11:21 am

so,rumusannya....
"apakah gunanya membawa lampu bagi orang yg buta sedang yg berguna hanya orang lain,apakah gunanya kamu berbicara tentang ilmu hikmah sedang kamu sendiri tidak AMALKANNYA..!!"...~nabi isa..“
pisang emas
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Sun Dec 19, 2004 12:51 pm
Location: pj

-----

Postby pisang emas on Sat Dec 25, 2004 11:55 am

sekarang timbul masalh yg lebih rumit lagi.....

masalahnya kat kg ana ,sepupu ana telah memelihara lebih kurang berbelas2 ekor anjing...tujuannya untuk memburu,terutamanya memburu babi hutan kat kg kami...tapi sikapnya itu telah menyebabkan kami berada dalam syubahat.!!ada kalanya anjing2 tu tidak dapat dikawal,mestilah kami kat kg rasa was2 gak...contoh dia gunakan lori utkm angkut anjingnya yg ramai tu dan dia juga guna lori tu utk kegunaan lain juga.........air2 liur anjing tu, najisnya ke...nak naik kenderaannya tu pun rasa was2 kesuciannya!!

dan apakah pula jika kita tembak babi...kemudian babi tu diambil oleh orang kafir....untuk dmakan oleh mereka..??lepas tu lak mereka yg menembak babi tu akan dberikan peluru sebagai gantinya..........nampak macam menggalakkan org kafir tu...!!peluru tu pula dgunakan utk menembak burung nak makan...jadi berkaitan semuanya...

minta komentar...
"apakah gunanya membawa lampu bagi orang yg buta sedang yg berguna hanya orang lain,apakah gunanya kamu berbicara tentang ilmu hikmah sedang kamu sendiri tidak AMALKANNYA..!!"...~nabi isa..“
pisang emas
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Sun Dec 19, 2004 12:51 pm
Location: pj

Postby g@y@t on Tue Jan 04, 2005 10:36 pm

ini juga berkaitan dengan bersalam dgn orang kafir yg sentiasa menyentuh babi tu...........


Berdasarkan Fiqh Syafi'i, oleh krn babi itu najis mughalazzah, maka diwajibkan samak apabila bersentuhan dgn babi. Adapun mengenai bersalam dgn org kafir, jika anda hanya mengandai tanpa melihat dgn sendiri org itu memegang anjing dan kemudiannya terus berslm dgn anda, maka anda tidak perlu samak. Jika sblknya, maka anda diwajibkan samak. Yg ghaib tidak perlu kita selidiki.

Namun, pendpt yg rajih, babi itu bukanlah najis dgn erti kata tidak perlu menyamak diri apabila bersentuhan dgnnya.[Fiqh sunnah, jil 1]

kalau ikut penjelasan saudara,jika ikut pendapat maliki rambut dan kuku adalah suci walaupun babi sekalipun.....


Fiqh Maliki mengatakan bulu anjing dan babi bukan najis krn tiada dalil yg menunjukkan kenajisannya. Yg najisnya hanyalah jilatan anjing itu berdasarkan hadis yg sahih.

adakah jika berlakunya banyk pendapt begini ana boleh melakukan mana2 pilihan yg ana rasa lebih kuat hujjahnya...??
dan apakah sebaik2 pendapat@pendapat pertengahan dalam bab ni...??


Para uama' membahskan isu ini dgn panjang lebar skali. Pelbagai pendpt yg wujud dalam hal ini. Sdr boleh lihat di URL berikut:
http://www.bicaramuslim.com/bicara6/vie ... php?t=4761

wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

Postby g@y@t on Tue Jan 04, 2005 10:44 pm

masalahnya kat kg ana ,sepupu ana telah memelihara lebih kurang berbelas2 ekor anjing...tujuannya untuk memburu,terutamanya memburu babi hutan kat kg kami...tapi sikapnya itu telah menyebabkan kami berada dalam syubahat.!!ada kalanya anjing2 tu tidak dapat dikawal,mestilah kami kat kg rasa was2 gak...contoh dia gunakan lori utkm angkut anjingnya yg ramai tu dan dia juga guna lori tu utk kegunaan lain juga.........air2 liur anjing tu, najisnya ke...nak naik kenderaannya tu pun rasa was2 kesuciannya!!


Tidak ada apa2 yg dirisaukan krn pada zaman Nabi saw, anjing masuk ke dalam masjid tetapi tidak pula Nabi menyuruh para sahabat membersihkannya. Lagipun kenajisan itu menjadi bersih apabila terdedah kpd cahaya matahari.[Fiqh Sunnah, Jil 1] Terdapat juga kaedah di dalam fiqh yg mengatakan, 'Apabila sesuatu itu menjadi sempit maka hukumnya menjadi luas'.

dan apakah pula jika kita tembak babi...kemudian babi tu diambil oleh orang kafir....untuk dmakan oleh mereka..??lepas tu lak mereka yg menembak babi tu akan dberikan peluru sebagai gantinya..........nampak macam menggalakkan org kafir tu...!!peluru tu pula dgunakan utk menembak burung nak makan...jadi berkaitan semuanya...


Para ulama' berbeza pendpt, apakah boleh mengambil updah membunuh binatang spt kes di atas. Ulama' juga berbeza pendpt, apakah binatang itu boleh diberikan kpd pihak lain. Saya akan cuba menjawab soalan ini kemudian(ingatkan saya). Insya Allah
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

--

Postby pisang emas on Wed Jan 05, 2005 8:53 am

dan apakah pula jika kita tembak babi...kemudian babi tu diambil oleh orang kafir....untuk dmakan oleh mereka..??lepas tu lak mereka yg menembak babi tu akan dberikan peluru sebagai gantinya..........nampak macam menggalakkan org kafir tu...!!peluru tu pula dgunakan utk menembak burung nak makan...jadi berkaitan semuanya...


terima kasih...kita masih lagi dalam perbincangan,
ana bukan apa mengenai kes tembak menembak ni,ayah na pun termasuk oarang yg aktif dalam memburu babi hutan ni...tu lah ana pun takut gak benda2 yg tak elok masuk dalam badan kita ni..!! :nangis:

ok....
"apakah gunanya membawa lampu bagi orang yg buta sedang yg berguna hanya orang lain,apakah gunanya kamu berbicara tentang ilmu hikmah sedang kamu sendiri tidak AMALKANNYA..!!"...~nabi isa..“
pisang emas
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Sun Dec 19, 2004 12:51 pm
Location: pj

Postby g@y@t on Fri Jan 07, 2005 7:14 pm

Berikut petikan jwpn THTL dari alahkam:

Babi diharamkan thabit dengan nas yg putus dari AlQur'an, maka apabila ia diharamkan, maka umat Islam tidak boleh ada saham sedikitpun dalam urusan yg diharamkan. asySyuyuti, Asybah wan Nazair. Kedah/Qawaid yg digunakan ialah:
"at Taabi' Taabi' "(Pengikut itu hukumnya sama tetap sebagai pengikut yg mengikuti. Juga qawaid: " attaabi' La Yafrad bil Hukm" (Pengikut tidak terpisah dari hukum yersendiri). Jadi bila babi itu haram, maka aktiviti yg mengikutinya spt berburu, menternak, mengedar, menjual, semuanya haram. Allahu a'alam

--------------
Petikan Halal wal Haram fil Islam oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi:

Islam pada prinsipnya tidak melarang perdagangan, kecuali ada unsur-unsur kezaliman, penipuan, penindasan dan mengarah kepada sesuatu yang dilarang oleh Islam. Misalnya memperdagangkan arak, babi, narkotik, berhala, patung dan sebagainya yang sudah jelas oleh Islam diharamkan, baik memakannya, mengerjakannya atau memanfaatkannya.

sekian. wassalam
g@y@t
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 1913
Joined: Wed Dec 25, 2002 8:00 am

-----

Postby pisang emas on Sun Jan 09, 2005 2:18 pm

wadih..... :gelak:
"apakah gunanya membawa lampu bagi orang yg buta sedang yg berguna hanya orang lain,apakah gunanya kamu berbicara tentang ilmu hikmah sedang kamu sendiri tidak AMALKANNYA..!!"...~nabi isa..“
pisang emas
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 80
Joined: Sun Dec 19, 2004 12:51 pm
Location: pj


Return to Bicara Fiqah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest