Petua Menawan Hati Suami - Rintihan Isteri (jawapan panas )

Untuk apa-apa bicara khusus berkaitan kaum Hawa.
Pengendali :: limau nipis, BALKIS

Postby mufis on Wed Aug 22, 2001 5:41 am

yeke?? cik ira ni sokong kan poligami ni? heheheh :gigi:

gagakku lari gagah berani
mufis
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2702
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Kg Lapan

Postby suria on Thu Aug 23, 2001 1:19 pm

bagaimana pula setelah apa yang tok arab beri tips itu telah pun dibuat dengan ikhlas hati namun...tiada sebarang respon....?
bersama s'lamanya
suria
Ahli
Ahli
 
Posts: 10
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: selangor

Postby Tok Arab on Mon Aug 27, 2001 2:15 pm

On 2001-08-22 23:19, suria menulis:
bagaimana pula setelah apa yang tok arab beri tips itu telah pun dibuat dengan ikhlas hati namun...tiada sebarang respon....?


nampaknya sang suami tu... memang tak faham:sedih:
payah ler kalau ada lelaki macam ni.. memang tak leh buat laki
memang keikhlasan tu penting...:senyum:
tak pe lah... teruskan kerja sebagai isteri yg solehah...:senyum:

yg bukan arab
User avatar
Tok Arab
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 377
Joined: Fri Apr 13, 2001 8:00 am
Location: Kedah Darulaman

Postby mardhiah12 on Sat Sep 01, 2001 7:46 am

pkok yg ditanam sekarang, biar berbuah sampai ke akhirat :gigi:
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby relief on Sat Sep 01, 2001 1:19 pm

na'am
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby yidin on Mon Sep 03, 2001 8:27 am

bada hanya mengiyakan tok arab.
bestlah kawan ngan tok arab.
he he he
Yidin vs. Mufis
yidin
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 2586
Joined: Fri Jun 08, 2001 8:00 am
Location: sini

Postby relief on Mon Sep 03, 2001 1:01 pm

bersama Tok Arab mencari cari:senyum:
relief
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 508
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby mardhiah12 on Thu Sep 06, 2001 1:25 pm

tok arab blom kahwin ker? :senyum::gigi:
"If God has goodwill towards his servant, He hastens his punishment in this life. If He has bad will for His servant who is deserving of it, He leaves him to pay for his sins on the Day of Judgment." (Tirmidhi)
User avatar
mardhiah12
Ahli Felo
Ahli Felo
 
Posts: 4194
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Dreamer on Thu Sep 06, 2001 4:06 pm

:

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : dreamer pada 2001-09-10 05:01 ]</font>
Dreamer
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 51
Joined: Sun May 06, 2001 8:00 am

Postby rahimi on Tue Nov 27, 2001 6:01 pm

Pada 2001-04-27 00:02, Tok Arab menulis:
BAHAGIAN 1

Assalamualaikum.....
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi
kita.
=Berdoa agar sentiasa disayangi bukan sayang
awek-awek kat luar tu ....

2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh
suami sebelumkita membuat kerja-kerja lain.
=Macam mana nak sentuh dan tegur berbuku
adalah...orang lain balik dari opis terus
balik rumah ini 'mengeteh'dgn kawan-kawan,
kita kat rumah ni dah macam apa..kita pun
kerja juga...

3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara
khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari.
(jika suami dalam mood yang sesuai)
=Nak tanya apa lagi kalau dah sampai rumah
kita dah tidur,anak-anak pun dah tidur.....
nak bukakan pintu dah cukup baik.


4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan
baik dan bertanya dengan tepat.
=Nak jadi pendengar yang baik macam mana
lagi....kalau tanya banyak marah pulak
tu bohong memanjang

5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah
suami. Apa yang lebih penting ialah memberi
perhatian dan simpati.
=Nampak gayanya kena biarkan dia terus kat
warung-warung atau kat dangdut atau padang golf?


6. Ruangkan masa yang betul-betul "berkualiti"
sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
= Kualiti yang mana satu tu....jumpa cuma atas
katil...cakap sambil siap nak pergi opis...
rutin tiap hari....hari minggu tolong ikut
kekawan tebas rumput 16 holes.


7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai
hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah
tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
= Tiap-tiap tahun kita buat, hari jadi, hari
anniversary....dia dapat hadiah senyum lebar kita.....
jangan harap nak dapat,lupa memanjang.

8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami)sekali-sekala.
= masak sendiri....makan sendiri....nasi warung
kan lagi sedap?

9. Beri pujian terhadap penampilan suami.rambut, wajah,
pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya
= Belum sempat kita puji dia dah puji diri
sendiri....katanya kalau siti nurhaliza tengok
pun boleh jatuh hati.....pirah....perasan lebih

10.Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.

11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai.
sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
= Agak-agak bantuan yang macam mana tu...suruh
ambil kat ofis pun hand set asyik tidak aktif atau
di luar kawasan.....pepandai sendirilah.....lagilah
kalau suruh pergi kedai beli garam, alamat bertawarlah
sehari....

12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
=Aii tak kan tunggu sikit tak boleh, saya ni mananak
siapkan anak-anak susu, diapers, air panas , awak tu
cuma sebadan pun tak boleh lebih kurang?

13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat,
ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
(Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)
=Kalau dia beritahu memang saya ucap terima
kasih setinggi gunung, (sebab tak pernah pun beritahu)

14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta
dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit
atau banyak komen. (sesungguhnya Allah sangat gembira
perbuatan yang demikian)
=Kita ni memang sentiasa membantu suami....bila-bila
dimana saja....tapi awak pernah ke terfikir nak bantu
saya....bila lagi tu..?

15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami
sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
= Kita saja cakap sayang....awak tu perkataan
sayang nak tuju pada siapa....awek cyber?

16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk
beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara
sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
=Bab ini rugi kalau tunggu lama-lama...nanti
hilang point takkan marah pasal tak ambil dekat
ofis semalam nak cerita esok subject lari......
straight forward!

17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya,
hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.
(jika boleh)
Itu sudah mesti....kalau tak, tak boleh
kesan pembohongannya.

18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh
suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat
suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
Nak pesan beli barang lebih dari3?....bawa
bakul sendiri lah pegi pasar..

19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
Kalau saya tanya dia kata nanti...sebab nak
bercit-cat,tapi kalau dia tak pernah tanya pun....
ajak tidur selalu

20 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak
7 kali sehari.
Tentu dia double meaning tu.......payah ni

21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila
ada perkara penting atau kecemasan sahaja.
Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami
menggalakkannya.
Nanti kata kita ni nak spot check pulak.....

22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,
tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu
bersendirian utk berfikir.
Selalu tu bersendirian mengadap internet....tak
cukup lagi ke?

23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik
melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
Apa yang sedang diteliti kat internet
tu.....awak surf ke mana?

24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab,
hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah).
Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
Marah tak kena masa dan tempat...ada ke marah sebab
dia sendiri tertinggal rokok dalam kereta...
apa raaa...

25. Bila meminta bantuan suami :-
* terangkan pada suami dengan jelas mengenai
kerja kerja rumah yang perlu bantuan.
* Beri pilihan kerja yang disukainya.
* jangan menyuruh-nyuruh
* gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
cakap lembut-lembut tak jalan....kena
jerit jerit @marah baru buat.....mana boleh pilih-pilih...

26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila
out-station.Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat
demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak
mendapat berita.
Tel bila dah sampai des.....siapa tak marah

27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum
tidur bersama.
Kita wangi-wangi....dia busuk.....mana aci..

28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza
dgn org lain.
Orang cerita pasal rumahtangga dia cerita
pasal formula 1 mana kena...

29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa
implikasi seksual.
Bab ni payah....baru pegang dah kena
tangkap...tak faham bahasa punya..

30. Bila keluar berkereta:
* Jangan ganggu suami yang sedang memandu
(walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita
sendiri boleh memandu dgn baik.)
* jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan
selagi tidak dipinta berbuat demikian.
* jangan berleter bila suami tersalah jalan
semasa memandu.
* bersangka baik apabila tersesat jalan.

Dah memang tak tahu jalan nak diam macam
mana...bodoh sombong tu...


31. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau
masalah suami.
Maasalah tak ada duit, nak tukar sport rim
baru,hand set baru....ada makna tu....
mesti minta ulur ni......baik buat-buat tak dengar

32. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila
menonton bersama suami.
Asyik bola sepak saja....boring lah

33. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai
dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan
boleh dilakukan semasa berdua-duaan.
macammana kalau dia yang marah-marah kita
ditengah jalan (khalayak ramai) alasan lupa
ambilkan rokok dalam kereta... ada ke patut....

34. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana
yg disukai suami.
Flash back bila kali terakhir berpegangan
tangan.....????

35. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta
dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?"
atau " Abang nak minum ke?"
Kehendaknya lah tu.....nak minum buat sendiri

36. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami
untuk memilih tempat / meja mana yang disukai.
Tentulah dia pilih tempat-tempat yang bagus
dan mahal untuk isteri kan.....tapi siapa yang
bayar....isterikan...

37. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan
dikhalayak ramai ketika disisinya.
Tak payah ikut lagi baik

38. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan
tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.
macam mana nak cepat budak-budak tu agak-agak
siapa yang siapkan...oooo ada "amah" sukarela ke...
dah kena muntah,kena kencing budak takkan tak tukar baju...
kita saja yang berlebih kurang...mana aci....bak kunci
biar saya drive sendiri...

39. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak (jika sesuai).
Suami memang no wahid, tak ada suami tak ada anak...
tapi suami kata anak dan isteri no 10.....camnoooo

40. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-kesemasa:
tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.
Bila dah dapat bolehlah melaram jumpa awek gitu?

41. Tolong suami buat kerja dia di rumah cuci kereta,
potong rumput, mengecat rumah dan seumpamanya.
Dalam rumah dah 100% kerja, saya luar pun saya
nak tolong untung betul awak ye...dapat amah free ...
gardener free...

42. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa.
Bab ini yang susah sebab mesti dia wrong info....
mesti ingat kita ni nak aje....

43. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.
sama seperti dia atas.....hey...bebudak tu
siapa nak jaga baby sitter pun nak cuti juga

44. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan
sesekali menempelak atau " pulangkan paku buah keras ".
Perli lah sikit...sindir-sindir kalau tak bila lagi

45. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.
Itu rutin dari saya tak... awak tak

46. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa
Dah-dah......memang problem.....besar...nanti
kerja lain semua tak siap....

47. Layan suami sepertimana kita melayannya semasa
baru2 kenal.
Dulu layan tak ada yang kacau...sekarang ni
nak makan tu sambil menyuap anak..ataupun sambil berdiri....
minta maaf lah banyak-banyak...

wassalam....


Salam sejahtera semua :senyum:

Sengaja saya naikkan topik ini.
Semoga isteri TOK ARAB dapat beberapa tip ...

"Petua Menawan Hati Suami - Rintihan Isteri (jawapan panas )"

Buat Puan pengendali Bicara-Muslimah
------------------------------------
Saya harap puan dapat menunaikan semua 47 petua seperti yang Tok Arab gariskan itu.

Emmmmmmmmmm.....:opocot: 47....47 :opocot: ....
Nie baru bahagian 1 nooo!!!
Bahagian 2,3 dan seterusnya camna pulak????


Wassalam....
Jangan mareeeeeeeee :lidah:


_________________
" PERTANDINGAN MENULIS ARTIKEL " 1 NOV – 11 DIS 2001

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: rahimi pada 2001-11-27 03:15 ]</font>
rahimi
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 765
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am

Postby anastasia on Fri Dec 14, 2001 7:57 am

amboi byk nye petua tok. dijamin selamatk e mcm mane dgn org laki-laki yg memang panas baran semulajadi... mcm mane nak kenal ngan laki-laki yg bena-benar ikhlas jawablah kalau atok pandai
anastasia
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 13
Joined: Thu Dec 13, 2001 8:00 am
Location: pahang

Postby aim on Thu Jun 06, 2002 12:48 am

salam..
bagus betul tok arab bg petua mcm nie..
Barulah org kata kongsi ilmu tak la tau sorang2 jer.
"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"
aim
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 40
Joined: Sun Apr 14, 2002 8:00 am

Postby maryam jameelah on Thu Jun 06, 2002 1:19 am

assalamualaikum....

tak tahu apa yg menarik maryam utk respon di sini...walaupun masih bergelar cik, tapi tak salah kalau sekadar utk mendapatkan maklumat dan pengetahuan ttg alam rumah tangga nie....tapi tulah...rasanya lambat lagi kot sbb blm ada calon...tapi tima kasih bebanyak tok rab atas petua2 nie....terasa macam susah jer jadi isteri....kalau tak kawin, takper,kan?
maryam jameelah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 40
Joined: Sat Apr 20, 2002 8:00 am

Postby wardatunnisa' on Thu Jun 06, 2002 8:12 am

jarang ada isteri yg boleh lakukan semua petua ni..
susah juga nak jadi isteri solehah ye?
tapi kan.....kadang-kadang isteri malas nak ikut petua sebab suami sendiri tak ikut petua jaga hati isteri....
wardatunnisa'
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 34
Joined: Thu Mar 21, 2002 8:00 am
Location: kuala lumpur

Postby Kak_Yong on Fri Jun 07, 2002 12:44 am

betul tu warda..
kekadang isteri berusaha utk buat yg terbaik..tapi si suami macam tu jugak..
bayangkan kalau kita main badminton regu..
kita jer hempas pulas..but partner kita buat dunno jer..surenya tak menang..
camner yer..nak tegur takut kecil hati..tapi kalau tak luah..kita yg makan hati..bukan apa..dok simpan dlm hati sgt..kang meletup lagi susahkan.
Kak_Yong
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 38
Joined: Wed Feb 20, 2002 8:00 am
Location: Penang

Postby isteri on Tue Jun 11, 2002 5:25 am

Assalamualaikum..mula2 kak isteri nak ucap timo kacih le kat tok Arab bagi petua yang amat bermanfaat bagi semua orang yang bergelar isteri. Bagi kak isterikan kalau difikirkan dengan logik akal kak isteri nie kan, asyik kita je yang kena buat memang tak fair tp kan kalau difikirkan pula betapa besarnya ganjaran yang Allah bagi kepada isteri solehah nie, kak isteri rasa redha dan tenang hati dengan apa yang telah kak isteri buat selama nie. NAk masuk syurga bukannye senang ooi!!Tapi kalau kita sentiasa berusaha hendak jadi isteri solehah nie, Allah dah janji bagi sesiapa yang taat kepada suaminya dan juga tuhannya, dia boleh masuk melalui mana-mana pintu syurga yang dia nak.Tu ganjaran yang paling besar, ganjaran yang lain2 banyak lagi.cthnya sesiapa yang menghulurkan minuman kepada suaminya dengan penuh keihklasan dan kasih sayang maka Allah berikan pahala orang yang berpuasa sunat selama setahun. Itu baru sekali tp kalau setiap kali suami pulang ke rumah dan kita lakukan setiap hari..cuba kira betapa besarnya pahala yang kita dapat. Tu belum lagi pahala melayan suami, masakkan makanan untuk suami makan, berhias untuk suami dan banyak lagi tp yang penting nya kita redha dan ihklas le tp kalau asyik merungut je balasan lain pula yg kita dapat.Tp bg kak isteri kan kita kenalah kreatif jika nak suami kita tolong kita buat kerja..cthnya:dia akan lebih kelihatan handsome dan bergaya sekiranya dia boleh tolong kita sidai baju kat ampaian.Lepas tu belai2 le sikit..insyaAllah mesti tolong punya..nie saja je kak isteri nak kongsi pengalaman..lain orang lain kreatifnya..so bolehle difikir2kan.InsyaAllah bahagia..kalau setakat selisih faham sekali sekala tu biasalah lidahkan lagi tergigit inikan pula suami isteri ye tak! :senyum: :senyum:
isteri
Ahli
Ahli
 
Posts: 2
Joined: Thu May 16, 2002 8:00 am

Postby faqirullah on Wed Jun 12, 2002 3:51 am

Sebenarnya satu sahaja petua nak tawan hati suami....seorang perempuan dia mesti mempunyai hati yang sentisa hidup dengan Allah....hati yg sentiasa ingat dan tidak pernah lupa akan DIA dimana-mana sekalipun ...

Itulah petua yg paling penting....dan mesti praktikal...

Manakala petua-petua yg diberikan banyak-banyak bagi ana itu sekadar maklumat....dan petua itu walaupun diamal tanpa ada hubungan yg kuat dan kekuatan jiwa dengan Allah tidak ada guna juga...

Lihatlah..berapa banyak petua yg diberikan/TIPS oleh penceramah dlm TV atau media elektronik...sepeti Laman Nurani....dsb..tetapi kenapa ramai wanita yg tidak juga berubah....ini kerana jiwa mereka mesti dibentuk terlebuh dahulu...barulah ianya mmeberi kesan kepada akhlak....dan melahirakn sifat-sifat yg baik...

Sekadar pandangan...

Wassalam.
faqirullah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 44
Joined: Sat Apr 20, 2002 8:00 am
Location: insan fakir

Postby ummu_azzahra on Fri Jun 14, 2002 6:10 pm

Assalamualaikum........,
Alhamdulillah suka gak baca tips dari Tok Arab tu.....ada banyak sangat yg boleh diambil pedoman dan sempadannya.
Bagu Ummi lah.......,Alhamdulillah ummi tak dak nak komen ttg suami ummi sbb dia tak ada kurangnya dlm mendidik isteri.Kalau ada terasa hati sikit2 tu balash(tak kisah)sbb benda kecik,buat2 diam jer pas tu hati kita sejuk lah.:senyum:
Dia banyak tolong Ummi,jadi assistant kat dapur dan dlm jaga anak2.Ummi tak nafikan istilah"sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri",tapi semuanya tu kenalah atas kebijaksanaan seorg isteri dalam cuba menyelesaikan sesuatu masalah dlm r/tangga sbb wanita ni aqalnya satu nafsu 9 berbeza ngan laki2 aqalnya 9 nafsunya cuma satu.Haa...sbb itu lah talak tak diberikan pada tangan pompuan sbb pompuan ni mudah sangat buat tindakan melulu tanpa fikir panjang.Betul tak???

Wassalam.....,:)

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh: ummu_azzahra pada 2002-06-14 04:18 ]</font>
ummu_azzahra
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 26
Joined: Thu Jun 13, 2002 8:00 am
Location: Kelantan

Postby ummu_azzahra on Fri Jun 14, 2002 6:15 pm

Assalamualaikum........,
Alhamdulillah suka gak baca tips dari Tok Arab tu.....ada banyak sangat yg boleh diambil pedoman dan sempadannya.
Bagu Ummi lah.......,Alhamdulillah ummi tak dak nak komen ttg suami ummi sbb dia tak ada kurangnya dlm mendidik isteri.Kalau ada terasa hati sikit2 tu balash(tak kisah)sbb benda kecik,buat2 diam jer pas tu hati kita sejuk lah.:senyum:
Dia banyak tolong Ummi,jadi assistant kat dapur dan dlm jaga anak2.Ummi tak nafikan istilah"sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri",tapi semuanya tu kenalah atas kebijaksanaan seorg isteri dalam cuba menyelesaikan sesuatu masalah dlm r/tangga sbb wanita ni aqalnya satu nafsu 9 berbeza ngan laki2 aqalnya 9 nafsunya cuma satu.Haa...sbb itu lah talak tak diberikan pada tangan pompuan sbb pompuan ni mudah sangat buat tindakan melulu tanpa fikir panjang.Betul tak???

Wassalam.....,:)
ummu_azzahra
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 26
Joined: Thu Jun 13, 2002 8:00 am
Location: Kelantan

Postby kaktora on Sun Sep 09, 2007 10:49 pm

kak tora ni memang sinis...tak tahu kenapa...mungkin sebabnya satu...orang perempuan di dalam mencari redha manusia..jangan lupa redha Yang Maha Berkuasa..Yang Maha Mencipta..

Jangan lupa..kebahagian rumahtangga..tanggungjawab bersama.
kaktora
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 179
Joined: Wed Dec 06, 2006 2:57 pm
Location: Hulu Langat (Orang Ulu ulu ma)

Postby limau nipis on Mon Sep 10, 2007 9:12 am

berzaman dah topik ni, naik balik naaa..
Tok Arab pun dah ke mana menghilang
Firzanah Amni, Fawwaz Amin, Fahri Ahmad dan Fateh Aqmar; permata hati kami

Fahri stops lactating at 2 years, 2 weeks and 1 day old <-phew, what an achievement!
User avatar
limau nipis
Pengendali
Pengendali
 
Posts: 4456
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby kaktora on Mon Sep 10, 2007 12:21 pm

peringatan mau juga istiqomah..
kaktora
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 179
Joined: Wed Dec 06, 2006 2:57 pm
Location: Hulu Langat (Orang Ulu ulu ma)

Postby Tok Arab on Thu Feb 21, 2008 5:37 pm

limau nipis wrote:berzaman dah topik ni, naik balik naaa..
Tok Arab pun dah ke mana menghilang



salam.... ahli BMC
Tok masih ada.... kekadang rasa nak jawab.... kekadang rasa nak biarlah...
tapi bila dah kena tegur....
alhamduliLLAH.... ada juga yg rindu topik niie. :D

kekadang bila tenung balik.. belek satu persatu petua tue.... ish ish ish..... kalau lah Tok nie sorang ISTERI.... mampukah Tok?????
lepas nie.. nak beri petua untuk suami pula....
tak pun sesiapa yg ada petua terbaik untuk seseorang bernama SUAMI...
Tok persilakan.....
Ahlan wa Sahlan.....
wassalam....
dari Tok Arab, Balkis & anak2
User avatar
Tok Arab
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 377
Joined: Fri Apr 13, 2001 8:00 am
Location: Kedah Darulaman

Postby akunilah on Fri Feb 22, 2008 6:46 pm

alahai....

laki2 n wanita totally tak sama jiwa n perasaannya. wanita lebih halus jiwanya dan lebih teliti, manakala lelaki berjiwa besar n seringkali tak perasan hal2 yg dikatakan remeh temeh pd lelaki tapi sgt bermakna pd wanita.

contoh paling mudah.... lelaki jarang ingat birthday isteri or anak2, tapi isterinya? pd isteri, sesuatu tarikh tertentu begitu bermakna dlm hidupnya. tapi lelaki tak perasan benda2 kecil begitu. so? siapa yg perlu prihatin dlm hal ni?

begitu juga. isteri2 biasa kalau suaminya out station, begitu prihatin dgn keselamatan suami. sering tertanya2 selamatkah suamiku dlm perjalanan, lantas seringkali menelefon suaminya utk bertanya dirinya. tapi bagi suami2 yg tak faham, mungkin dia fikir isterinya terlalu mengongkong atau cemburu, walhal, mungkin tiada sekelumit pun perasaan cemburu sewaktu menelefon tu.

so, mcm akak, siang2 akak dah beritahu kasik asben faham, yg kita telefon tanya tu bukan fasal nak ambil tahu sgt atau buat spot check, tapi lebih pada melepaskan kerisauan di hati, sgt2 bimbangkan keselamatannya sewaktu memandu or what so ever. Alhamdulillah, asben pun dah paham n always telefon kalau dia dah tiba or berhenti di satu2 tempat. akak yakin memang ramai suami2 yg tak perasan hal ni... betul tak?

lagi..... kalau taim makan, jgn le nak menegur direct kata tak sedap ke.. masin ke...tawar ke.... just telan je wat muke selamba. nanti musti bini tanya... sedap tak? baru jawab... sedap... tapi kurang garam sikit. kalau masin sikit lagi sedap....hehehe....(contoh).....at lis, isteri tengok suami makan masakan dia tu dah kira seronok dah tu. alahai.. kalau dah lama kawen, takkanlah isteri tak pandai2 masak ikut selera suami kan? tentu dah pahammmmm.......

apapun yg penting, bukan sebelah pihak je yg berusaha utk mengambil hati pasangan tapi musti nak dua2 pihak. n lebih kurang or pandang sebelah mata je atas kekurangan pasangan masing2 sebab diri sendiri pun takle perfect mana pun kan? 8)
BERBAHAGIALAH BG MEREKA2 YG SENTIASA MENCARI KESILAPAN SENDIRI DPD SIBUK MENCARI2 KESALAHAN ORG LAIN
User avatar
akunilah
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1600
Joined: Thu Jun 30, 2005 6:26 pm

Postby Tok Arab on Sun Feb 24, 2008 1:28 pm

http://bicaramuslim.com/bicara6/viewtop ... 19&start=0
Lelaki Idaman....


topik nie dah bagus sebenarnyaa....
Tok tengok... ada bagusnya setiap insan bernama wanita/perempuan/gadis/anak dara mengimpikan lelaki yang sebegitu....

nampaknya... Tok kena berusaha lebih lagi niie..... :D

(sebab manuasia dijadikan tak pernah puas dengan apa yg dimilikinya)
User avatar
Tok Arab
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 377
Joined: Fri Apr 13, 2001 8:00 am
Location: Kedah Darulaman

Postby kaktora on Sat Mar 08, 2008 10:48 am

kadang kadang perempuan bernasib baik --

hari hari di telefon oleh suami di pejabat..tanya dah minum ke belum..dah makan ke belum..penat ke bekerja..ada masalah ka kat tempat kerja..

bila balik pula..tak pernah tunggu suami datang ambik ..suami selalu awal dah tunggu..dari jauh dah lemparkan senyuman

kat rumah..yang tak ada pembantu rumah..suami urus anak anak..isteri bekerja..suami buat apa yang patut..tengok tengok kan anak..yang degil degil dia lah yang pulas telinga..

lepas menengok anak..dia pula datang kedapur..melihat isteri yang sedang memasak..sesekali di urut nya..tanya lagi letih ke sayang..

dah malam...dia bersama melipat kain sambil menonton tv..bersama sama..tolong simpan baju..kemudian tanya..lagi..yang letih ke..nak urut ke..

bahagianya...

namun kenapa pulak isteri ni rasa macam lemas...nak kena pelangkung ke apa ...?
kaktora
Ahli Kanan
Ahli Kanan
 
Posts: 179
Joined: Wed Dec 06, 2006 2:57 pm
Location: Hulu Langat (Orang Ulu ulu ma)

Previous

Return to Bicara Muslimah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron