Pulau pinang:ajaran sesat (agama taslim)

Untuk apa-apa bicara umum berkaitan Islam.
Pengendali :: KulopAtoi

Postby nurhaliza on Fri Nov 02, 2001 2:13 am

berkongsi pengetahuan dan maklumat terbaru jika ada.
nurhaliza
Ahli
Ahli
 
Posts: 4
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: kedah

Postby awang bin ali on Fri Nov 02, 2001 2:15 am

Serulah pada ALlah swt dan cara hidup Nabi saw..pasti Allah swt akan keluarkan sesapa yg dalam kesesatan kepada jalan yg lurus..spt mana para sahabat ra.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby dr_hayat nur on Fri Nov 02, 2001 1:59 pm

asalamualaikum...

nur tak tau nak komen aper cuma nur juga ingin mengetahui tentang ajaran taslim nie, bagaimana ancamannya dan bagaimana nak kenal org yg mengamalkan ajaran ini..
dr_hayat nur
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 376
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Sarawak, Malaysia

Postby Saifullah on Sat Nov 03, 2001 3:15 pm

Nur,
Sepanjang yg saya tau, kebanyakkan kumpulan2 sebegini menumpu kepada soal2 ketuhanan tetapi kebanyakkannya mengambil jalan mudah samada untuk kepentingan peribadi, menggunakan akal semata2 dalam mencapai perjalanan ilmu ketuhanan ataupun berasal dari murid yg tersesat. Sebagai contoh, ada kumpulan2 sesat yg berkata " tujuan kita mengingati Allah", buat apa lagi sembahyang sedangkan kita boleh mengingati Allah setiap waktu. Ini adalah fikiran manusia dari segi logik saja, sedangkan kita diseru untuk " Taat pada Allah dan Taat pada Rasul". Sembahyang itu sunnah Rasul, jika tidak dilakukan, bermakna membuang " rasul". Kebanyakkan mereka2 ini tinggi pengetahuan mengenai bab2 ketuhanan tetapi sekadar itu saja malah sesat yg nyata. Jika kita kurang pengetahuan, memang senang terpengaruh dengan hujah2 mereka.....
Saifullah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 39
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby fadzil on Sun Nov 04, 2001 5:16 am

saifullah,
"Kebanyakkan mereka2 ini tinggi pengetahuan mengenai bab2 ketuhanan..."kata saiful.
Sebenarnya mereka-mereka ini bukannya tinggi pengetahuan mengenai bab2 ketuhanan tapi jahil.Mereka-mereka ini adalah sebenarnya dari golongan orang tak berpendidikan agama (no basic Islamic)tapi apabila berjumpa kononnya 'guru hakikatlah'....mulalah mereka-mereka berguru dan taksub dengan 'guru hakikat' ini...tanpa usul periksa darimana guru itu datang dan sejauh mana pendidikan agamanya,akhlaknya,tawadhuknya dll.Kalau orang tinggi pengetahuan mengenai bab2 ketuhanan dan beramal dengan ilmunya...insyallah dia tak akan sesat, tak merapu dan tak akan meniggalkan solat."Sesungguhnya solat itu mencegah dari kemungkaran". maaf ia andainya ungkapan ini menyinggung hati dan perasaan kamu.
fadzil
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 75
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Jalan Gurney, K.L

Postby Rubah_Merah on Sun Nov 04, 2001 7:42 am

On 2001-11-03 00:15, Saifullah menulis:

Sembahyang itu sunnah Rasul, jika tidak dilakukan, bermakna membuang " rasul".




As"kum.....

Saifullah.....
Sembahyang itu sebenarnya adalah SUNAHTULLAH/UNDANG2@PERINTAH ALLAH yg diperintahkan oleh Allah agar Rasulullah menyampaikan perintah tersebut kepada semua umatnya termasuk Baginda sendiri wajib menjalankan perintah itu.Yang mana perintah bersolah itu telah termaktub didalam salah satu dari RUKUN ISLAM.

Seperti firman Allah dalam surah Al_Baqarah:

"dirikanlah sembahyang dan tunaikan lah zakat".

Rasulullah itu bersolah adalah kerana perintah Allah.Bukan kerana perintahnya sendiri.

Perkataan SUNNAH RASULULLAH itu bermaksud "mengikuti cara hidup rasulullah".Seperti caranya bergaul,makan dan bersolah tiada henti2 dan sebagainya.

Kerana solah itu sebenarnya adalah SUNAHTULLAH,bukan kita kita membuang rasul sekiranya kita tidak melakukannya tetapi sebaliknya kita ingkar kepada perintah Allah.


Bagaimana bagi mereka yg tidak solah,tetapi mengerjakan amalan2 rasul yg lain seperti cara tidur,cara baring,cara makan dan banyak lagi,dan mereka juga berzikir mengingati allah.Cuma mereka tiada melakukan solah.Adakah mereka ini juga dikatakan membuang rasul seperti yg anda katakan.

Berhati-hati dalam menyampaikan ulasan melalui penulisan saudara Saifullah.Jangan sampai mengelirukan sesetengah pihak.

wassalam.....

:kool:yg masih belajar
Mencari Arah Kehidupan Hakiki.

_________________
Image

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : Rubah_Merah pada 2001-11-03 16:58 ]</font>
Rubah_Merah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 403
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Teratak Usang Di Pinggiran Kali

Postby mart_no on Sun Nov 04, 2001 8:50 am

Assalamualaikum...

Maaf mencelah... :gigi:

Solat itu termasuk di dalam Sunnah Nabi... kerana Sunnah Nabi itu segala fi’li, taqriri dan lisani dari Nabi s.a.w...

Segala perbuatan, perakuan dan perkataan Nabi s.a.w itulah Sunnah...

Sunnah pun terbahagi kepada beberapa hukum... ada Sunnah Wajib, Sunnah Haram, Sunnah Sunat dan Sunnah Harus....

Sunnah yang wajib itulah solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menjalankan hukum mengikut al-Quran dan Hadisnya dan lain-lain... kalau kita tak ikut sunnah nie, maka kita berdosa...

Sunnah yang haram ialah orang lelaki berkahwin/mempunyai isteri melebihi 4 orang, hanya Nabi sahaja yg dibenarkan kahwin melebihi 4 org isteri... kalau kita mempunyai isteri melebihi 4 orang maka ia jatuh haram dan dihukum berzina pada isteri yang ke 5... kita dilarang mengikut Sunnah ini, walaupun Nabi melakukannya...

Sunnah yang sunat ialah setiap perkara yang Nabi lakukan, tak dihukum wajib atau haram oleh Allah dan perlakuan Nabi lakukan untuk mendapat keredhoan Allah... walaupun beliau dijamin syurga... kalau kita ikut kita beroleh pahala...

Sunnah yang harus ialah setiap yang Nabi diamkan atau Nabi lakukan... contohnya hukum asal makan buah tamar dsb.

– Wallahua’lam
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby mart_no on Sun Nov 04, 2001 9:25 am

Ralat:

Solat yang saya maksudkan solat 5 waktu sehari semalam itu Sunnah yang wajib...

Solat yang sunat ia termasuk di dalam Sunnah yang sunat...
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby Rubah_Merah on Sun Nov 04, 2001 9:59 am

Dengan Kalimahnya yg Maha Membimbing.

puji2an buatNya serta kekasihNya SAW.

as%%%kum....
saudara mart nor yg rubah hormati.

tiada rubah nafika akan segala apa yg sdr mart nor perjelaskan diatas.dan terima kasih kerana memperjelaskan huraian tersebut dgn lebih terperinci.

tetapi yg rubah maksudkan kita tidaklah kita sampai mengatakan atau menentukan bahawa sesorang itu membuang rasulnya kerana hanya gara2 tiada bersolat.tetapi mereka ini ingkar perintah kepada Yang khaliq.

rubah katakan demikian kerana walaupun mereka telah ingkar perintah melakukan solat,tetapi mereka masih berpegang kukuh kepada kalimah syahadah,tiadalah mereka boleh dikatakan mereka membuang rasul.
kerana dalam kalimah syahadah sudah terselit kalimah tauhid dan kalimah rasul.

dari apa yg sdr mart not sampaikan diatas,
apakah boleh kita mengatakan mereka membuang rasul seandainya mereka melakukan semua perkara2 sunnah rasul yg lain itu kecuali solat?

wassalam.....

:kool:yg masih belajar
Mencari Arah Kehidupan Hakiki.
Image
Rubah_Merah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 403
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Teratak Usang Di Pinggiran Kali

Postby Rubah_Merah on Sun Nov 04, 2001 9:59 am

Dengan Kalimahnya yg Maha Membimbing.

puji2an buatNya serta kekasihNya SAW.

as%%%kum....

hanya Allah jua yg berhak menentukan kedudukan sebenarnya mereka yg berada didalam golongan ini.

tiadalah kita sesama yg dicipta berhak mengatakan seseorang itu tergolong dalam golongan orang2 yg membuang rasul.hanya Dia jualah yg menentukannya.

kerana dialam sana nanti bukan kita yg menyoal.tetapi sebaliknya kita yg disoal.

wassalam
:kool:yg masih belajar
Mencari Arah Kehidupan Hakiki.

_________________
Image

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : Rubah_Merah pada 2001-11-03 19:12 ]</font>
Rubah_Merah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 403
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Teratak Usang Di Pinggiran Kali

Postby pelita_biru on Sun Nov 04, 2001 11:23 am

[/quote]
On 2001-11-03 16:42, Rubah_Merah menulis:

perkataan SUNNAH RASULULLAH itu bermaksud "mengikuti cara hidup rasulullah".Seperti caranya bergaul,makan dan bersolah tiada henti2 dan sebagainya.

[quote]

As"kum....

terpanggil juga pelita dalam persoalan ini.

penerangan yg sdr mart nor huraikan adalah satu penerangan yg baik buat semua sementara pendapat sdr rubah merah juga tiada kurangnya
dalam memperingatkan kita akan hak kita dlm mengatakan sesorang itu membuang rasul.

tapi cuba kita perhatikan betul-betul penulisan rubah merah yg pelita quotekan itu.

pada pandangan pelita....
tiada rubah merah menolak bahawa solat itu samaada yg wajib atau sunat adalah bukan sunah rasul.

setuju pelita dgn apa yg rubah merah katakan:
selagi mereka berpegang teguh kepada KALIMAH SYAHADAH tiadalah boleh mereka dikatakan membuang rasul.kerana selagi mereka terus berzikir dgn kalimah syahadah walau pun mereka tiada mengerjakan solat,mereka tetap mengaku"Tiada Tuhan Yg Berhak Disembah Melainkan Allah dan Sesungguhnya Muhamad Itu Adalah Rasulullah".

selain dari berzikir dgn kalimah syahadah,mereka ini juga mengikuti sunah2 rasul yg lain2nya seperti yg rubah merah dan sdr mart nor katakan.

jadi pelita juga sependapat dgn rubah merah bahawa kita tidak berhak sama sekali mengatakan seseorang itu membuang rasul melainkan mereka2 itu ingkar perintah kepada perintah allah terhadap mengerjakan solat.
itu adalah soal antara mereka dgn allah swt.

kerana neraka disediakan kepada kedua-duanya.kepada mereka yg mengerjakan solat dan juga kepada mereka yg mengingkarinya.

wassalam.....







<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : pelita_biru pada 2001-11-03 20:27 ]</font>
pelita_biru
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 43
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Saifullah on Sun Nov 04, 2001 3:43 pm

Assalamualaikum,

Terima kasih Fadzil,Rubah Merah,Mart no dan pelita. Disini saya cuma nak clarify sedikit apa yg saya tulis:

1) Solat itu dari Allah jua. Tidak saya nafikan solat itu dari Allah dan bukan direka cipta oleh Nabi SAW. Saya cuma mangambil solat sebagai contoh saja melalui kontek ayat Al-Quraan " Atiiullah hawaatiiurrasul" taat pada Allah dan taat pada Rasul. Dan jawapan saya juga dari kontek Ilmu sesat dimana mereka2 ini memang tidak mau sembahyang dan ada yg sembahyang secara niat sahaja. Jadi, hujah pada mereka2 ini ialah kalau sembahyang itu zikrillah ( mengingati Allah) dan cukup saja ingat dalam hati, dimana kebenaran ayat Al-Quraan diatas itu. Banyak lagi contoh2 untuk golongan ini.Apakah mereka2 itu lebih tinggi taraf dari Nabi SAW sehingga tak mau sembahyang tetapi Nabi sendiri sembahyang yg diwajibkan oleh Allah ( solat itu dari Allah). Jika kita tak ikut sunnah rasul bererti " membuang" rasul. Cuba besyahadah hanya dgn Laailahaillah dan buang Muhammadurrasulullah.Apakah diterima.

2. Mengenai ayat saya mengatakan " mereka2 ini tinggi dari bab2 ketuhanan", saya bermaksud lebih banyak yg mereka tahu dari kita orang awam dan saya sambung " tetapi hanya setakat itu dan mereka sesat yg nyata"..hehehe kenalah ambik semua baru tak out of context. Ajaran sesat menjadi bahaya kerana mereka memang ada pengetahuaan dalam hal2 ini tetapi " hanya setakat itu" dan tidak memahami lebih mendalam lagi. Ilmu2 ketuhanan memerlukan Guru yg mursyid dalam membimbing murid2 nya bukan saja dari segi ilmu itu sendiri bahkan dari segi pemahaman murid itu sendiri. Lagi sekali komen saya ini dari kontek ajaran sesat( tajuk asal).Kita tidak takut kalau orang biasa yg mengajar ajaran sesat sebab senang untuk di counterkan tetapi kalau yg memang tinggi ilmu2 dalam hal ini, itu yang susah. Kalau tak masakan ramai pengikut2 nya. Banyak contoh2 murid yg tinggi pembelajarannya menjadi sesat kerana ilmu ini banyak dugaan dan halangannya dan lain2 sebab yg hanya Allah SWT saja yang tau.
Sekian dari hamba yg kurang ilmu pengetahuan..
Saifullah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 39
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby Rubah_Merah on Sun Nov 04, 2001 10:06 pm

Dengan KalimahNya yg Memberi Petunjuk.

salam hormat dari rubah buat semua.

as%%%kum....

begini sdr saiful...
maksud firman tersebut adalah memperingatkan kita bahawa ketaatan kita kepada sunah allah yg dibawa baginda dan sunnah baginda sendiri hendaklah kita jadikan panduan untuk memperolehi keredhaan allah untuk hidup kita dialam fana ini seterusnya kealam yg kekal.

mereka yg mengistiharkan bahawa solat itu tidak perlu dilakukan,sememangnyalah mereka itu dalam kesesatan kerana menolak hukum syariat yg ditetapkan allah.tapi tidaklah boleh kita mengatakan mereka membuang rasul kerana mereka masih menjalankan sunnah2 baginda yg lain.mereka ini tersesat arah perjalanan syariat zahir.ia ini tidak melakukan perbuatan yg diwajibkan dilakukan. sementara syariat batin mereka masih teguh mengingati allah.tetapi yg sebenar-benarnya kedua-dua syariat ini mesri digabungkan menjadi satu dan mesti adanya perlakuan/perbuatan bagi menzahirkan syariat hati itu.

contohnya seperti yg sdr saiful katakan tentang diri meraka yg bersolat dgn hanya mengatakan mereka hanya perlu mengingati allah sahaja sudah cukup menandakan mereka sembahyang.itulah yg dikatakan syariat hati.
tetapi seperti yg rubah katakan tadi syariat hati itu patut dizahirkan menjadi perlakuan(syariat zahir) kerana didalam solah itu ada perlakuan yg telah tentukan oleh allah melalui rasulnya akan cara2 menjalankan perlakuannya solah itu.

menyentuh tentang dengan hanya mengambil kalimah tauhid yg diambil sebagai zikir,kita pun masih belum boleh mengatakan mereka membuang rasul.kerana bukankah berzikir itu adalah sebahgian dari sunnah rasul.

antara zikir dan dua kalimah syahada itu mempunyai dua pecahan.pecahan yg pertama adalah kepada persaksian/perjanjian diri kita dgn allah.kedua pula adalah apa yg dikatakan zikir.

kalau untuk persaksian,sememangnya ia tidak lengkap.kerana tidaklah ia dikatakan 2 kalimah syahadah.kerana untuk tujuan itu diwajibkan kedua-duanya.tetapi kalau untuk berzikir,tiadalah menjadi sebarang masaalah.

bagaimana pula kita yg mengerjakan solat tetapi berzikir dgn kalimah tauhid sahaja selepas solat.apakah kita juga digolongan mereka yg membuang rasul.sedangkan zikir itu sebahagian dari sunnah rasul.
begitu jugalah zikir didalam kenduri tahlil dan sebagainya.zikir yg diambil hanyalah kalimah tauhid.jadi apakah mereka yg menghadiri kenduri ini dan turut sama berzikir hanya dgn kalimah tauhid adalah tergolong dalam golongan membuang rasul.

sabda rasulullah riwayat Ahmad dan Ya'la:

"perbanyakkanlah mengucapkan "lailaaha illallah" dan "istighfar".

jadi adakah sabda diatas tidak membuatkan kita membuang baginda.kerana baginda hanya menyuruh kita mengucapkan kalimah tauhid sahaja.tidak berserta dgn kalimah rasulnya.

buat setakat ini sahaja keterangan rubah yg masih belajar ini dapat berikan.
tiada berani lagi rubah meneruskan sebarang keterangan atau huraian kerana bimbang akan timbul sebarang kekeliruan buat rakan2 yg lain atau tanggapan yg tak sepatutnya dari mana-mana pihak.
lagipun agak susah untuk kita terangkan atau penjelasan kedudukan sebenarnya berkaitan perkara ini dialam cyber.


buat tuan rumah....
kalau sudah punya bukti jelas bahawa mereka ini terlibat dgb ajaran taslim yg sudah pun diharamkan oleh Ahli SunnahWaljamaah negara kita,maka bertindaklah menghubungi jabatan yg berwajib mengenai hal2 sebegini.
kerana kita bukanlah seorang yg bertauliah mengeluarkan fatwa atau menghukum mereka2 itu sesat.

akhirkata ribuan maaf dari rubah kepada semua sekiranya penulisan rubah ditopik ini kurang menyenangkan.tiada lagi rubah akan meneruskan sebarang penulisan ditopik ini.

rubah mohon berundur diri.

wassalam.....

:kool:yg masih belajar
Mencari Arah Kehidupan Hakiki.


_________________
Image

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : Rubah_Merah pada 2001-11-04 11:23 ]</font>
Rubah_Merah
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 403
Joined: Mon Mar 05, 2001 8:00 am
Location: Teratak Usang Di Pinggiran Kali

Postby Saifullah on Mon Nov 05, 2001 6:17 am

Assalamualaikum !!!

Ya benar seperti kata Rubah merah itu. Saudara memang berpengetahuan luas. Disini cuma saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa semua komen saya berkenaan Ajaran sesat sahaja. Kerana, bila sebut ajaran sesat saja, kita semua sedia maklum bahawa kita membicarakan tentang hal2 tauhid. Ramai antara orang Islam sekarang yang berzina,minum arak, tak puasa, tak sembahyang,dll tetapi kita tak kata ajaran sesat. Tetapi jika ada golongan2 yg mengamalkan sesuatu yg lari dari "Laailahaillah, Muhammadurrasulullah", maka mereka adalah mengamalkan ajaran sesat.Mungkin saya tersilap kerana menggunakan wording " membuang Rasul" dan contoh solat.Tidak ada kena mengena dengan lain2 perkara amalan orang Islam. Ini hanyalah untuk hujah untuk pengamal2 ajaran sesat sahaja. Sabda Nabi SAW, "sembahyanglah kamu sebagaimana aku sembahyang" dan " Yg membezakan antara orang Mukmin dan kafir adalah solat". Syariat Hati mengikut kefahaman saya adalah Hak Allah ( Atiiullah) sementara syariat zahir adalah hak Rasul ( Atiiurrasul). Dua2 mesti disatukan. Jadi bagi memberi sedikit penerangan kpd tajuk asal ( ajaran sesat), maka walau apa pun Syariat Hati yg diamalkan, jika dibuang syariat zahir ( yg diajarkan oleh Nabi SAW dari Allah SWT), maka jangan lah diikut. Akal adalah syarat untuk manusia dalam mengenal Allah tetapi akal juga lemah, hanya taufik hidayat Allah saja yg dapat menyampaikan manusia kepada nya melalui menuntut ilmu, mujahadah,dsbnya dan sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat ilmu terus darinya. Banyak Ilmu sesat menggunakan akal sahaja, sembahyang secara niat, lepas umur 63 tahun tak payah sembahyang lagi kerana umur Nabi SAW 63 tahun sahaja, tak payah pergi Haji ke Mekah kerana Hati manusia itulah Baitullah yg hakiki, dll. Saya rasa ini adalah komen terakhir saya juga. Akhir kata saya juga memohon maaf sekiranya komen saya menyinggung perasaan sesiapa. ....wassalam
Saifullah
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 39
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby awang bin ali on Tue Nov 06, 2001 1:24 am

rubah merah n mart no..tul tu..

Sunnah nabi saw..adalah kesemuanya..dan sunnah2 Nabi saw itu juga sunatullah.

Kalimat yg prtama..kudratullah
Kalimat yg kedua ..sunatullah

Sempurna dalam hati akan ..kudratullah...
..tiada tapi2 dan kalau..mutlak.
Sempurna dalam amal akan..sunatullah..

Amal dan usaha ialah ngan sunatullah..keputusan dan hasil ialah mutlak akan kudratullah.

Sebab tu apa masalah yg kita hadapi hari ni..dari segi sosial, ekonomi, politik, dsb ..cara penyelesaian ialah meletakkan semua tu dalam sunatullah..

..tak kan berubah nasib sesuatu kaum tu melainkan mereka merubah nasib mereka dulu..
brusaha merubah cara hidup sendiri kepada sunatullah.
Dalam sunatullah tu ada kejayaan dan rahmat Allah swt.

Dalam menghadapi semua jenis ajaran sesat..atau org2 kafir..cara yg nak digunakan ialah cara sekelian ambiya' yakni..menyeru pada Kudratullah dan Sunatullah..dan pengamalan dalam diri penyeru itu..tak perlu brhujjah atau brdebat.
Sudah tentu mereka yakin ngan apa yg mereka prcaya..
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Cyber Warlord on Tue Nov 06, 2001 5:09 am

A'kum

Banyak lagi ajaran sesat kat Malaya ni. Tak tahulah yang di Pusat Islam tu buat apa. :sedih:
Cyber Warlord
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 48
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am
Location: Pasir Mas, Kelatae

Postby awang bin ali on Tue Nov 06, 2001 5:48 am

cyber..jgn tanyer apa org dah buat..tanyer apa yg "..saya.." dah buat..:senyum:
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby mart_no on Tue Nov 06, 2001 7:42 am

Assalamualaikum...

Jangan jadi orang yang nafsi-nafsi (mementingkan diri sendiri), hanya menyelamatkan diri ‘saya’... alhamdulillah hujah-hujah sahabat-sahabat kat sini sudah cukup membongkar ajaran Taslim yang diwartakan SESAT oleh Jab. Agama Islam seluruh Negeri...

Tak payah dibahaskan, jauhilah ajaran yang mengetepikan al Quran dan Sunnah...

Betul kata Cyber Warlord, banyak ajaran sesat yang perlu kita berhati-hati dan jauhi, rujuk pada para ulamak dan orang yang mengetahui dan ikhlas untuk mengikuti al Quran dan Sunnah...

Semoga kita terselamat... ada ajaran sesat yang tak diisytiharkan Pusat Islam, kerana terikat dengan kepentingan orang-orang tertentu...
Berkata Benar Walaupun Pahit... Jangan Berselindung Disebalik PC...
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby awang bin ali on Tue Nov 06, 2001 7:50 am

:senyum: takkan amalkan sunnah2 jadi nafsi2 ..jgn gitu.

Bila amalkan sunnah2 NAbi saw..diri sendiri dan org lain malah sekelian makhluk akan munafaat..

Maksudnya jgn tanyer apa org buat..dikhuatiri ada syak pada org2 trtentu..dan pusat2 ISlam pulak ramai ulamak2 UMNO dan PAS..jadi tak baiklah merasa syak pada alim ulamak :senyum:
Tanyerlah pada diri sendiri ..sejauh mana kita brusaha mengeluarkan manusia dari kesesatan ikut cara NAbi saw.

semua ambiya' diutus pada kaum2 yg sesat belaka...apa tu sesat ialah apa2 saja keyakinan yg mana leh beri munafaat dan mudharat yg lain dari Allah swt walaupun ia bukan pengikut ajaran2 sesat yg telah diistiharkan.

<font size=-2>[ Mesej ini diubah oleh : awang bin ali pada 2001-11-05 16:55 ]</font>
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby carlos black on Wed Nov 07, 2001 5:01 am

assalamualaikum

iskkkk iskkkk awang.
maaf yer apa yang saya ikuti dalam tajuk nie dari mula tadi takder pun sebut ulama umno ataupun ulama pas.cam ner boleh kuar pulak hal tuuuu pulak nieee awang.
iskkkk iskkkkkk

wassalam
JIKA TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN
carlos black
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 53
Joined: Fri Apr 13, 2001 8:00 am
Location: kuala lumpur

Postby mart_no on Wed Nov 07, 2001 5:41 am

Assalamualaikum...

Saya pun sependapat dengan Carlos...

Yang saya maksudkan isme-isme yang sesat, bercanggah dengan al-Quran dan Sunnah... tak kiralah kat Pusat Islam tu ada Umno ke PAS...

Mengapa isme-isme yang diamalkan oleh umat Islam secara berleluasa tidak diisytiharkan sesat oleh Pusat Islam?

Kita boleh lihat siapa dia yang mendokong dan siapa yang menentang isme-isme sesat tersebut...

Jangan kita hanya isytihar Taslim, Qadiyani, Hassan anak harimau dll. saja yang sesat... isytiharkanlah juga isme-isme yg. bercanggah dengan Islam...
Berkata Benar Walaupun Pahit... Jangan Berselindung Disebalik PC...
mart_no
Ahli Emeritus
Ahli Emeritus
 
Posts: 1001
Joined: Sun Feb 25, 2001 8:00 am

Postby awang bin ali on Wed Nov 07, 2001 8:28 am

awang mention alim ulamak diPusat Islam tu ada yg UMNO dan PAS nya..ialah untuk menjelaskan tulisan pada awal ni.."Tak tahuler yg diPusat Islam tu buat apa.."
PAda fahaman awang yg mungkin silap, seolah2 ianya mengatakan diPusat Islam tu macam tak buat keja..tu je.
nanti ada lak org marah..kerana ulamak mereka dikata gitu..kedua2 pihak tu.

Ugama Islam ialah ugama kita..mereka buat keja mereka..kita buat keja kita..ngan prasangka baik yg mereka brtungkus lumus dalam usaha2 agama.
Apa2 yg ada brhampiran kita dalam jangkauan kita..sesamalah kita atasi.

Naper tak diistiharkan..itu kena lah tanya pada pihak yg brwajib..tapi awang pernah jumpa dimasjid2 dan disurau2 (phamplet2)dan pernah juga dalam suratkhabar tentang pengistiharan yg dibuat..mungkin kita tak perasan.

Benar tu mart no..sesapa je yg brcanggah ngan AlQuran dan sunnah ..tak kira semada ianya ahli UMNO atau PAS..kerana dua2 tu hanya parti politik..kita kenalah brusaha agar mereka kembali pada AlQuran dan sunnah.
Hanya kembali pada ALQuran dan sunnah dapat selamatkan kita semua dunia dan akhirat.

Syabas!!
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Spiritlife on Wed Nov 07, 2001 1:40 pm

––––––––––––––––––––––––––––––––––

Kita boleh lihat siapa dia yang mendokong dan siapa yang menentang isme-isme sesat tersebut...

––––––––––––––––––––––––––––––––––

Tul tu mart_no!
Spiritlife
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 37
Joined: Thu Jan 01, 1970 8:00 am

Postby zikri on Fri Nov 09, 2001 8:14 am

assalamualaikum

Fitnah terhadap Islam atau dugaan ke atas seruan mengtauhidkan Allah bermula sejak berzaman lagi, baik zamak para nabi hingga ke hari ini..... Punca fitnah ini berlaku apabila hawa nafsu manusia menguasai akal.

Rasullah berpesan bahawa akhir zaman nanti umat ku akan di fitnah oleh pelbagai fitnah. fitnah terbesar apabila manusia tidak takut pada Tuhan sehingga bebas melakukan apa sahaja menurut kehendak hatinya.

Fitnak kedua cinta dunia iaitu apabila manusia dilekakan dengan harta, pangkat, anak isteri dsb sehingga lupa bahawa fitrah manusia itu sebagai khalifah yang mengabdikan diri kepada Allah.

mankala fitnah ketiga ialah fitnah Dajjal iaitu segolongan manusia yang cuba memesongkan akidah umat Islam kepada selain dari Allah..... termasuklah menyeru supaya mengejar harta dunia, melihat peranan agama sebagai musuh kemajuan, menolak sunnah dan Al Quran dsb.

wassalam.
zikri
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 478
Joined: Mon Mar 12, 2001 8:00 am

Postby Tok Cik on Sat Nov 17, 2001 1:59 am

Bilmillahirabbulalamin,

maaf le Tok Cik ndak mencelah sikit.

Pada pandangan Tok Cik, Kudratullah dan Sunnatullah itu adalah ibarat sampan dengan pendayungnya. Kalau sampan yang ada di air tetapi tiada pulak pendayungnya nescaya hanyutlah sampan kerana derasnya arus. Tapi dengan gandingan pendayung maka bolehlah ditongkah arus dan belayar dihaluan yang betul dan lurus.

wallahu'alam
Tok Cik
Ahli
Ahli
 
Posts: 8
Joined: Sun Nov 11, 2001 8:00 am

Postby awang bin ali on Sat Nov 17, 2001 2:03 am

Bagaimana kudratullah boleh kalah ngan arus?

Sunnatullah hanya tertib untuk ummat seluruh peringkat..ada peraturan dan tertib..hasilkan kehidupan yg trsusun..

Kudratullah..tidak trtakluk ngan mana2 tertib dan adab serta peraturan..kerana Ianya brdiri ngan sendiri..dan Ianya ialah the Law.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby Tok Cik on Sat Nov 17, 2001 2:43 am

Bismillahirabbulalamin,

sahabatku awang,

Kudratullah itu sememangnya perkara yang tidak dapat disangkal sama sekali. Bersesuaian dengan sifat Allah s.w.t itu sendiri yakni "QIYAMUHU BINAFSIHI" yang bermakna "berdiri dengan sendiriNya". Tapi yang cuba Tok Cik kupaskan disini adalah mengenai hubungan Kudratullah dengan Sunatullah. Seperti mana yang kita ketahui, Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w merupakan contoh terbaik sebagai seorang manusia. Baginda dilantik menjadi Rasul kepada umatnya kerana sejak awal lagi Allah s.w.t telah mengajar dan melatihnya tentang kehidupan. Baginda menerima wahyu dan menyampaikan wahyu tersebut kepada umatnya berserta dengan keterangan dan penjelasan tentang wahyu tadi. Apa yang Tok Cik maksudkan ialah sebagai seorang manusia kita tidak dapat berdiri dengan sendiri. Kita masih memerlukan latihan dan bimbingan untuk memahami sesuatu. Contohnya bagi memahami isi Al-quran Nur Karim, kita mesti mandapatkan tafsir Al-Quran. Kita tidak akan dapat memahami maksud yang tersirat didalam Al Quran itu dengan sendiri kerana ianya tidak tertakluk dalam tahap kemampuan kita pada ketika itu. Para Ulamak serta Ambiak juga sentiasa mengambil penduan yang diperturunkan oleh guru mereka dalam menuntut dan memahami ilmu yang dipelajari. Rasulullah sendiri telah berpesan kepada para pengikutnya "Barang siapa yang hendak menuntut ilmu, hendaklah mencari guru yang mursyid". Jadi disini jelas bahawa apa saja yang disampaikan oleh Allah s.w.t kepada manusia akan diwahyukan kepada Rasul dan akan disampaikan oleh Rasul
kepada umat manusia. Kitaran penyampaian Kudratullah serta bimbingan yang diterima dari Sunnatullah hendaklah lengkap bagi mengelakkan ada unsur-unsur kesesatan. Sesungguhnya jika tiada bimbingan seumpama ini nescaya manusia akan berada dalam kesesatan selama-lamanya.

wallahu'alam.
Tok Cik
Ahli
Ahli
 
Posts: 8
Joined: Sun Nov 11, 2001 8:00 am

Postby awang bin ali on Sat Nov 17, 2001 3:07 am

ok ler tu :senyum:
Kudratullah tu milik Allah swt dan untuk Allah swt semata2..
Sunnatullah juga milik Allah swt tapi kurniaan pada manusia..

Kudratullah adalah prkara yg perlu diyakini..kuasa mutlak sebagai khalifah
sunnatullah ialah prkara yg perlu diamalkan..sebagai hamba kepada Khalifah pada sekelian khalifah.

Iman dan amal.
awang bin ali
Ahli Kehormat
Ahli Kehormat
 
Posts: 7533
Joined: Sun Mar 04, 2001 8:00 am

Postby achikUNIMAS on Fri Mar 01, 2002 5:02 am

isk...isk.....isk.....
kesian dengan orang yang dah tersesat tu ek...
bila belajar....kenal dulu guru tu samaada kita layak berguru dengannya, atau sebenarnya, dia yang patut berguru dengan kita
bila adik kecik baru blajar bercakap....ahaks...ahaks....ahaks
achikUNIMAS
Ahli Setia
Ahli Setia
 
Posts: 399
Joined: Mon Feb 04, 2002 8:00 am
Location: kedah+sarawak


Return to Bicara Muslim

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest