by beautyati on Sun Jun 23, 2002 1:28 am
apa yang ditekankan dalam islam malah diwajibkan ke atas setiap wanita muslimah adalah memakai jilbab dan melabuhkannya sehingga melepasi paras dada sepertimana yang terkandung dalam surah al ahzab ayat 42. memakai purdah jika dilihat sedcara ilmiahnya adalah tidak diwajibkan malah tidak dituntut kepada semua muslimah tetapi ada syarat yang mesti dipatuhi dalam konteks ini. iaitu bilamana seseorang lelaki memandang seorang wanita dan terdetik di hatinya lantas dia menuturkan 'cantiknya wajah kamu'ataupun dia memuji sesuatu yang milik wanita seperti matanya, hidung dan sebagainya, maka pada saat itu jatuhlah hukum dimana kita perlu berpurdah. ini adalah untuk melindungi diri wanita daripada menjadi bahan fitnah ataupun wajahnya menjadi igauan dan pujaan lelaki yang bukan mahramnya.namun, sejauh manakah prinsip ini diamalkan oleh wanita pada zaman sekarang? pantang dipuji sikit, ada segelintirnya mulalah kembang , bangga dan tak dapat tidur malam kerana dirinya dipuji cantik oleh seorang lelaki lebih - lebih lagi jika lelaki itu adalah lelaki pujaan (bukan suami).jika diperhatikan, memang banyak kelebihan berpurdah, terlindung dari fitnah, insyaallah mengurangkan dosa. insafilah diri dan selamilah diri, jadilah wanita muslimah yang mengamalkan islam pada setiap detik dan rentak kehidupan dan bukan sekadar menjadi islam pada nama.......